Khamis, 2 Disember 2010

Sebalik Ujian...

Ada yang mengatakan ujian adalah 
kesusahan pada tubuh badan & kesusahan pada jiwa
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa?
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya.
apatah lagi Dia Maha Mengasihani Maha Penyantun.
 
Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan

bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.

Ujian ditujukan kepada Rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir?

Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.

Ujian adalah pentas sandiwara
mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila engkau diberi watak menderita
hingga berjaya membuat penonton menangis.
Ketahuilah...
engkau adalah pelakon penting
diasuh untuk menjadi bintang
Apabila engkau menjadi pelakon
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah…

4 ulasan:

  1. takda niat pon nak bukukan...
    just share di blog...

    BalasPadam
  2. bleh x bukukan? senang nak baca. ada banyak benda yg bagus2 utk dibaca. skang dah banyak dah khidmat bukukan blog. tq =)

    BalasPadam
  3. dimana khidmat bukukan blog tu?
    email saya detail...
    tq.

    BalasPadam