Jumaat, 10 Disember 2010

Nukilan Dari Aku kepada Aku

Dahulu,
Aku tak kenal Halal Haram,
Semua aku Langgar,
Dosa Pahala aku Tak endahkan,
Janji Hatiku Puas,
Tapi aku Sedar, Hidup ini takkan Pernah PUAS,
Jadi, Aku mula Mencari.

Dahulu,
Diwaktu mula² aku mencari,
Aku belajar utk mengenaliNYA,
Aku minta petunjuk dariNYA,
supaya dapat berjumpa dgn KEKASIH²NYA,
DIA tunjukkan JalanNYA.

Dahulu,
Bermulalah Segala²nya,
Mencari KEKASIH yang boleh Mengajarku,
Kembali kepada SEBENAR² ISLAM,
Maka, Aku belajar diPondok,
Mengaji, Solat, Belajar Bahasa Arab,
Adab dlm Islam...

Dahulu,
Cukup kemas Pegangan Aku ketika ini,
Pesannya "Genggamlah Rukun Iman & Rukun Islam,
Kerana semasa Kamu Merantau utk menuntut Ilmu,
Macam² Guru yang akan Kamu Jumpa,
Yang Kebal, Terbang, Yang Hebat,
Dan kamu perhatikan Perilakunya, Gaya Percakapannya,
Supaya tidak lari Dari Akhlak Kekasih² lain"

Dahulu,
Maka berjalanlah aku merantau utk Belajar,
Berjumpa mcm² Guru,
dan Aku Jumpa yg Serasi dgn aku...
Yg aku tidak segan Berbicara tntg Agama & Semuanya.

Maka,
Setelah YAKIN & PERCAYA,
Berjalanlah aku seorang diri,
Bercampur dan Bergaul dgn Masyarakat Sekeliling,
Betapa Kolotnya aku ketika ini,
Mereka merasa Janggal bila berjumpa dgn aku.

Dahulu,
Apa yg ku pinta dariNYA, 
Semua dapat...
Cuma yang aku tak pinta KEMEWAHAN.
Kerana aku tahu, 
Mungkin aku akan LUPA kepadaNYA dgn KEMEWAHAN itu.

Dahulu,
Aku cukup Menjaga HatiNYA,
Sehinggakan aku takut dalam Segala Hal,
Sampaikan Kakak Iparku Menangis didpnku,
Sampaikan Ibuku Menangis keranaku.
Sampaikan Keluargaku Menangis kerana aku.

Dahulu,
Tidur Malamku Nyenyak sekali,
Hidupku Cukup Tenang,
Kerana aku Serahkan semua Perjalanan Hidupku KepadaNYA,
DIAlah yang Menentukan Hidup aku,
Tidurku Awal kerana utk Bangun ditengah Malam utk BertemuNYA,
Bangunku Awal utk Menyelesaikan Segala Hal sebelum Malam,
Malam, Berjumpa Kembali utk menceritakan Apa yang Aku Lalui,

Dahulu,
Setiap masa aku mengingatiNYA,
Sampaikan aku menangis jikalau aku LUPA,
Betapa indahnya pada Waktu itu,
Hanya DIA dan Aku yang Tahu,
Kerana DIA begitu hampir Dgnku.

Dahulu,
Dimana aku melangkah,
Disitulah aku menyebut namaNYA,
Dimana aku Disitulah DIA,
Hai, Bertuahnya badan Ada KEKASIH sepertiNYA.

Dahulu,
Begitu sayangnya DIA kepadaku,
Bila aku takut & tidak tenteram,
DIA yang Menenangkanku,
Bila aku berani & Marah,
DIA juga yang Menenangkan Aku.
Kerana DIA tidak pernah Jemu dgn Aku.

Dahulu,
Macam² tanda diberikanNYA padaku,
Untuk Aku Berfikir, DIAlah Yang HAQ,
Sampaikan Tiada 1 Apa yg Boleh Menggugat Aku,
Keyakinan Aku, Pegangan Aku, Betapa Kuatnya,
Betapa Indahnya Hidup ini,
Sendiri Amal Sendiri Rasa,
Sampaikan Aku Meminta Sesuatu hajat yg MUSTAHIL dariNYA,
Supaya Bertambah lagi Keyakinanku kepadaNYA,
DIA tunaikan,
Betullah, DIA mmg Sayangkan Kita Jika Kita Ingat kepadaNYA,

Dahulu,
Bermacam gelaran mereka beri padaku,
Dgn Kutukan, Cacian, Budak Ketinggalan Zaman,
Berbagai² macam yang aku kena,
Tapi aku tak Peduli,
Walaupun aku dihina,
Cukuplah ALLAH sebagai PEMBELA,
Kerana mereka mungkin tidak diberi Hidayah lg...
Hidayah itukan Milik ALLAH...

Disuatu Masa,
Aku mula Hanyut dgn Dunia,
DIA ingatkan aku walau aku LUPA,
Bahawa, 
Jangan Cintakan Dunia Melebihi CINTA kepadaNYA,
Jangan Agungkan Cinta Dunia Lebih Dari CINTANYA.

Tapi aku Degil, Aku Leka,
Aku Kena KIFARAH,
Aku redha dgn KetentuanNYA,
Yalah, Salah Kitakan...
Sapa Suruh Cari Penyakit,
Aku Mengaku Aku Silap,
Dan Aku Minta Diberi Peluang Sekali lagi,
Supaya DIA tidak MURKA lagi.

Sekarang,
Aku Mengutip Kembali Cintaku Yang Kian Pudar,
Walau Diuji olehNYA,
Aku Tak Peduli, Aku nak Juga DIA,
Macam Dulu DIA, Rindu DIA,
Hanya KeredhaanNYA yang Aku Mahu...

Maafkan Aku,
Kerana Tersilap Langkah Mengatur Hidupku Sendiri,
DIA turunkan Ujian kepadaku,
Supaya aku Berfikir,
dan ingat kepadanya Selalu, 

Cukuplah DIA ada bersama Aku,
Biar apa orang nak kata,
Kerana mereka tidak tahu,
Dunia inikan Kotor...

Kalau Mereka Tahu Apa yang Aku Tahu,
Nescaya, Mereka juga akan menjadi Seperti Aku,
Ada yg mengerti tapi buat2 tidak MENGERTI,
Ada yg Tidak Mengerti Buat² Mengerti,
Ilmu tidak Kesampaian, Mula cari Tamsil Menyalahkan,
Dasar Manusia, Sifatnya Begitu,
Biar Mereka Salah Sangka Padamu Zul,
Jangan kau Salah Sangka Pada AKU.

"Katakanlah, Sesungguhnya Solatku & Ibadahku, 
Hidupku dan Matiku Adalah Kerana ALLAH."
Surah Al-An'Am ayat 162. 




Khas Dari Aku utk Aku : 10 Dec 2010, 4.15am.

Khamis, 2 Disember 2010

Sebalik Ujian...

Ada yang mengatakan ujian adalah 
kesusahan pada tubuh badan & kesusahan pada jiwa
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa?
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya.
apatah lagi Dia Maha Mengasihani Maha Penyantun.
 
Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan

bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.

Ujian ditujukan kepada Rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir?

Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.

Ujian adalah pentas sandiwara
mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila engkau diberi watak menderita
hingga berjaya membuat penonton menangis.
Ketahuilah...
engkau adalah pelakon penting
diasuh untuk menjadi bintang
Apabila engkau menjadi pelakon
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah…

Tidak Sempurna...

Diriku tidak sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekuatiran untuk masa depan,kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, merupakan suatu kombinasi kebahagiaan. Semakin banyak kita berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk kita berbohong. Jika kita tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Iri hati yang ditunjukkan kepada seseorang akan melukai diri sendiri. Kita cuma bisa hidup sekali saja di dunia ini, tetapi jika kita hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat. Rasa takut bukanlah untuk dinikmati,tetapi untuk dihadapi. Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan. Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya. 

Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya. Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah. Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya, tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada hempedu dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya akan tumbuh sebahagiannya. Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.



p/s: kita yang tidak sempurna ni mengejar kesempurnaan hanya untuk menjadi yang terbaik di sisinya.. tetapi jangan mengejar kesempurnaan sehinnga melanggar batas2 agama.. semoga Allah permudah segala urusan kita..insyaALLAH...