Rabu, 26 Januari 2011

Cinta Ketuhanan

Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap.  Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.   

"Ke mana saja kamu memandang,  di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)
"Ke mana saja kamu memandang",  sama ada dengan deria atau akal atau khayalan,  maka di situ ada Wajah Allah".
 
Persoalan kita kenal dan tahu berkenaan ahli makrifat dan apakah makrifat itu tidak timbul di sini.   Petah berkata-kata dan cekap dalam berhujah berkenaan dengan apa yang berkaitan dengan mereka tidak diperlukan di sini.
 
Apa yang perlu di sini  adalah kesedaran diri kita berkenaan pekerjaan dan keadaan mereka.  Mereka cuma ada satu pandangan sahaja yakni "Ke mana saja kamu memandang,  di situ ada Wajah Allah"
Tahu dan boleh tidak sama dengan "yang sedar diri".  Yang sedar kepada pekerjaan diri mereka dan yang sedar dengan keadaan diri mereka.
 
Apabila diminta mereka berkata,  maka mereka akan bertutur mengikut pekerjaan diri mereka dan mengikut keadaan diri mereka.  Bukan dengan sangka-sangkaan ilmunya,  bukan dengan cerita itu dan cerita ini,  tetapi disampaikan mengikut kesedaran berkenaan pekerjaan dirinya dan keadaan dirinya. Mereka berkata dalam keadaan sedar diri dan bertutur dengan bahasa pekerjaan dan keadaan dirinya.
 
Ini bukanlah soal Mengenal Allah apabila hijab itu tersingkap,  tetapi adalah soal MengenalNya dalam hijab itu sendiri..........Kesempurnaan adab itu ialah memerlukan hijab itu dipelihara.........
 
Berhadapan dengan yang buta tidaklah perlu kebenaran itu dipertahankan.  Tidak usah berhujah,  jauh sekali daripada berjidal kerana itu adalah hal-ahwal mereka yang buta.  Biarkan si buta melalak-lalak mempertikaikan barang yang kita miliki.  Walau bagaimana kita susun aturkan perihal barang milik kita dengan kata-kata yang benar,  si buta akan tetap tidak akan dapat nampak "barang pesaka' yang kita simpan.   Kefahaman mereka berkenaan barang pesaka ini tidak sama dengan mata yang melihat dan menyaksikan keujudannya.  Bersabarlah dengan lidah yang kelu tanpa bahasa.
Jika pemberian yang sedikit itu sudah kita hilang kesabaran diri,  bagaimana mungkin untuk menanggung sesuatu yang lebih besar. Yakinilah wahai saudara-saudaraku.  Semoga Allah memberikan PetunjukNya kepada anda bahawa....... 

Hanya Cinta kepada Allah yang boleh menamatkan perbalahan ini.  Hanya Cinta yang boleh menolong apabila anda meraung meminta tolong dari cengkaman mereka.  Mulut bisu dalam Cinta;  perbalahan tidak ada.  Si 'asyik kuatir untuk menjawab balik perbalahan itu,  kerana takutkan mutiara keruhanian(mistik) itu keluar dari mulutnya.
Umpama burung hinggap di atas kepala anda dan anda kuatir ia terbang lari.  Anda tidak bergerak atau menghembuskan nafas yang kuat.  Anda tahankan diri anda supaya tidak terbatuk.  Semua itu takutkan burung itu terbang.  Kalau ada orang bertanya,  anda letakkan jari di mulut yang bertutup memberi isyarat "diam".
Cinta Ketuhanan ibarat burung itu.  Ia membuatkan anda tidak mahu membuka mulut.  Ibarat cerek yang panas dan menggelegak airnya.  Tudung cerek itu anda tutupkan supaya airnya tidak keluar.
 
 Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah,  hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:  "Saya tidak cinta kepadaNya",  maka kamu kafir dan jika kamu berkata,  "Saya cinta",  maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."
 
FAHAMILAH WAHAI DIRIKU............

Nafas Ibadah...

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.


Wahai saudaraku,


Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.


Wahai saudaraku,


Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan,dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia.diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan.diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya.Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa. engkau akan dikasihiNya sehingga akan Engkau akan Hatimu




Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri.Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.




Wahai para Salik,


Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.


Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaan Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsiaADAMdanMUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.




Wahai saudaraku,


Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.


WaLlahu ‘alam.



Dipetik daripada "Kitab Pendakian Salik Menuju Allah" karangan Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad

Apakah Batu Besar Kita?

Mungkin anda sudah mendengar cerita ini, hanya sebagai refresh sahaja.

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”


Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.

Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”

“Belum!” jawab seluruh kelas.

Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.

Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.

Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”

Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:

Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”

Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.

Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.

Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu.

Kalau

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita.
Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu.
Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit.
Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka?
atau takut dan memusuhi mereka?
atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan..
(tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyaknya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.

Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.
Padahal dah tahu tak bawak kemana pun harta berlambak sedunia.
Padahal dah tahu pegangan kita sama!!
Padahal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Allah!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana?
Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?

Dan setiap Ahmad, Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita
masihkah kita sanggup syirikkan dia?
Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!


Berkalau-kalau tu amalan syaitan..
tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku & dia dari terus teruk daripada syaitan...

Rabu, 19 Januari 2011

Enjoyla... Muda lagi...

"Bilalah kawan kita ini nak tinggalkan perkara lagha? Asyik tengok filem dan dengar MP3 saja. Bukan dapat pahala pun, silap-silap bertambah lagi dosa tu.. Pahala tu dah cukup ke untuk masuk syurga sampai langsung tak hirau pasal amal ibadat?".
"Erm, hehehe.... tengoklah nanti ye. Insya-Allah bila dah terbuka pintu hati ni, saya tinggallah."

Bercakap tentang hati, teringat saya kepada surah Yaa-siin:

    "Dan kami adakan dihadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka atau kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman"


Ayat di atas menceritakan tentang tutupan hati yang dilaksanakan Allah kepada sesetengah golongan manusia yang telah ditentukan Allah untuk ke Neraka. Mereka yang telah ditutup hatinya oleh Allah SWT ini tidak lagi terkesan kepada ajakan ke arah kebaikan. Moga-moga kita dijauhkan daripada tergolong di dalam golongan yang disebutkan di dalam ayat di atas.

Ibn-Kathir dalam menjelaskan ayat di atas menyatakan bahawa golongan yang ditutup hati oleh Allah SWT adalah mereka yang tahu akan kebenaran ajaran Allah namun enggan beriman dan patuh kepadanya. Bagaimana Allah tahu bahawa seseorang telah mengetahui akan kebenaran? Allahlah yang menciptakan manusia dan dia mengetahui segala sesuatu, termasuklah apa yang berada jauh di sudut hati kita. Dan apabila golongan ini telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk dikunci hatinya, maka terserahlah pada Allah SWT. Jika hati tersebut terus terkunci, maka Nerakalah yang lebih layak baginya.

    "Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat (ketetapan) Tuhanmu tidaklah akan beriman. Meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan hingga mereka menyaksikan azab yang pedih."


Moga kita dijauhkan daripada azab Neraka Allah yang sangat pedih.

Jika dilihat kepada masyarakat di sekeliling kita, ramai yang mengakui bahawa Islam itu benar, ajarannya benar, kehebatannya benar, namun masih enggan berpegang teguh kepada ajarannya.

"tak mengapa lah, enjoy lah dulu bro. Dah pencen nanti buat lah amal ibadat...". Berapa ramai yang asyik bertangguh dalam mengerjakan kebaikan dan alpa dalam dunia kemungkaran. Dibimbangi, kealpaan kita, keegoan dan kesombongan kita untuk patuh pada perintah tuhan kita, Allah akan mendekatkan diri kita kepada golongan yang dikunci mati hatinya oleh Allah.

Tatkala itu, sebarang dakwah dan ajakan tidak akan lagi terkesan kepada diri kita. Malah, mesej-mesej Islam dianggap pula sebagai suatu 'gangguan' terhadap kehidupan seharian. Tatkala itu, apabila hati kita ditutup oleh Allah daripada menerima hidayah, maka tunggulah azab Allah SWT.

Apabila Allah SWT telah menetapkan sesuatu, baik berupa kebaikan atau bencana, maka tiada yang berkuasa untuk mengubahnya melainkan Allah.

Oleh itu, berusahalah dengan sentiasa berterusan di dalam mendekatkan diri kepada Allah. Berdoalah moga kita dijauhkan daripada tergolong di dalam golongan di atas. Dan sentiasalah memperbetulkan diri agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus, jalan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah SWT dan bukannya jalan orang-orang yang dimurkai Allah, ataupun jalan mereka yang sesat.

Jumaat, 14 Januari 2011

Kisah Dragon Ball...

Cuti sem baru bermula…Bulma dibenarkan keluar rumah oleh ibunya.

Setibanya di taman…

Goku : Hai sayang..maaf B lambat..


Bulma : Huhu..da janji pukul berapa..sekarang pukul berapa??


Goku : Alaaa..relaks la..lambat sikit je pun..


Bulma : Sikit apa 15 minit ni b?


[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia..kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…


Bulma : Err..huhu~

Goku : Sayang kenapa pakai baju macam ni?


Bulma : Untuk B la..kita kan dah lama tak jumpa..


Goku : Eh..kalau B yang pakai baju fit mungkin r ada rasional sebab badan B 6 pack..hehe tapi tak nak la pakai ketat-ketat..sesak nafas..


Bulma : Orang pakai macam ni pun untuk dia laa..sayang masih pakai tudung tau..


[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang, tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuknya. Stokin pakai. Aurat tu mahkota wanita khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat B. Belum masanya lagi sayang..


Bulma : Err..huhu~

Goku : B ingat nak bawa adik B tadi..dapat dia teman kita & jumpa bakal kak ipar dia ni..


Bulma : Alaaa..dah lama kita tak jumpa pun B masih nak bawa orang lain join kita kan?huhu


[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..tak manis kita berdua je..sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita..sayang tak segan ke?


Bulma : Err..huhu~

Goku : Family sayang tak marah ke sayang keluar jumpa B ni?


Bulma : Dorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..


Goku : Takkan tegur sikit pun takde? Yela..kita asyik jumpa je..


Bulma : Kalau B dah bosan dengan sayang, cakap je..tak perlu guna alasan family sayang k?!


[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : B tak beri alasan. Kita dah lama bersama tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa B dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala..agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berdua kat taman ni diberi apa ye?huhu


Bulma : Err..huhu~

Bulma : B..cukup! B dah banyak berubah..kenapa ni? Dah tak sayang sayang ke? Dah ada perempuan lain ke? Jawablah!

[Goku membetulkan duduknya…menundukkan padangan ego lelakinya ke tanah…]

Goku : B memang dah banyak berubah…B sering lalai ingat pada Allah…Allah beri macam-macam nikmat pada B tapi B buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau sayang tak balas mesej B sebab merajuk dengan B, B dah gelabah da..tapi bila B dapat rasa yang B jauh dari Allah, B buat biasa je…Allah masih lagi sayangkan B…Allah beri nikmat kasih & sayang dari sayang. B bersyukur dapat kenal sayang tapi malangnya B tak menjaga sayang sebaiknya. B tak sepatutnya mulakan semua ni dulu..huu B nak kembali kepada fitrah B sebab dah banyak berubah.

B memang ada perempuan lain. Dah lama B ada perempuan lain tapi B baru perasan kehadiran perempuan yang amat B sayangi tu. B amat sayang mereka.

Bulma : Mereka??? Sampai hati B! [Mula bergenang air mata Bulma…]

Goku : B memang ada perempuan lain. Ibu B yang lahirkan B. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada B. DIa jaga B dengan sebaiknya. Tapi bila B dah besar, B tak jaga dia pun. B sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan B & nak jumpa sayang. Ibu selalu pesan macam-macam tapi B xdengar pun. B dengar cakap sayang je. Bila sayang merajuk dengan B, B pujuk beriya-iya tapi bila ibu terasa hati dengan B, B cakap “entah pape la ibu ni”..huuhu kalau dengan adik & kakak B, lagi teruk B layan..huhu

B sayang sayang…B…

Bulma : Tak payah nak tipu! [Bulma terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Goku pada dirinya…]

Goku : B sayang sayang…disebabkan B sayang sayang, B nak lepaskan sayang. B tak nak sayang terus hanyut dengan B. Kita buat lah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. B nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut…

Bulma : B!! Kenapa sekarang??? [Air mata Bulma mula menitis di pipinya..]

Goku : Kerana Hidayat dari Allah tak datang selalu & hanya datang pada orang yang dipilihNya. B tak nak nanti Allah tarik balik hidayatNya ni…

Bulma : Sayang sayang sangat kat B.. [Bulma mula mengesat air matanya…]

Goku : Allah lebih sayangkan sayang…amat sayang pada kita…

Bulma : B..xkesian kat sayang ke? [Tidak dapat ditahan lagi air mata Bulma…]

Goku : B lebih kesian pada sayang jika sayang diseksa di akhirat nanti kerana B & B xmampu nak tolong sayang waktu itu..B minta maaf teramat sangat..B terpaksa lepaskan sayang kerana Allah…Biarpun sekarang sayang tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, sayang akan faham juga nanti…terima kasih untuk segalanya..jaga diri sayang sebaiknya untuk Allah…Assalamualaikum awak~

[Goku melangkah pergi…sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Bulma yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata lelaki Goku akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT…]

Wallahu’alam~

Selasa, 11 Januari 2011

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, ALLAH pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua Manusia dan Jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

-Pemimpin yang adil.

-Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

-Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
 
-Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

-Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

-Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah SOLAT. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara PERTUMPAHAN DARAH.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

-Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

-Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

-Sedekah/amal jariahnya.
-Doa anak²nya yang soleh.
-Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sekian....

Isnin, 10 Januari 2011

Memburu dan Diburu

Manusia itu disamping MEMBURU, dalam masa yg sama dia DIBURU.
Begitulah SETIAP HARI berlaku. Tapi ramai yang TIDAK TAHU.
Ada yang memburu NAMA dan GLAMOR dia diburu oleh BENCANA.
Ada yang memburu HARTA, dia diburu oleh MALAIKAT MAUT.
Ada yang memburu JAWATAN dia diburu oleh KEMATIAN.
Ada yang memburu PANGKAT dia diburu oleh MANUSIA YANG HASAD.
Ada yang memburu MAKSIAT dia diburu oleh NAHAS.
Dan berbagai-bagai lagi manusia MEMBURU & DIBURU
oleh MACAM² yang MENAKUTKAN...


Apa yang MEMBURU,

tidak ramai yang DAPAT,
Tetapi dia dapat DIBURU.
Dapat BENCANA

Dapat KEMATIAN
Dapat KEMALANGAN
Dapat HASAD DENGKI ORANG...

Ada yang memburu TUHAN, TUHAN lah penjaganya.
Kalau dia kena buru pun TIDAK MENGAPA.
Kerana YANG MEMBURU dan DIBURU TIDAK KEKAL.
TUHAN kekal abadi, 

siapa memburu TUHAN, TIDAK AKAN KECEWA.
SEDIKIT SEKALI orang yang memburu TUHAN.


Ramai orang yang memburu DUNIA
Memburu HARTA, NAMA, GLAMOR, JAWATAN & KUASA,
Semuanya itu TIDAK KEKAL lama,
Ada yang HANYA DAPAT SUSAH sahaja MEMBURUNYA,
Namun TIDAK DAPAT JUGA...


Habis MASA

Habis UMUR
Selepas itu MATI pula TIDAK DAPAT APA².
Kesiannya...

Selepas mati TUHAN tanya,
Ramai orang TIDAK DAPAT MENJAWABNYA,
NERAKA lah PADAHnya

kerana di DUNIA,
MEMBURU yang SEMENTARA,
TUHAN dilupakan,
MENEMPUH HIDUP yang SIA².

Kesiannya...

HIDUP yang WAKTUNYA SEMENTARA,

TIDAK KEKAL,
MENGABAIKAN HIDUP yang BERLAMA²,

iaitu di AKHIRAT sana,
Tapi PENYESALAN TIDAK BERGUNA,
Terimalah NERAKA yang memang LAYAK tempatnya...




gmbr sebagai hiasan... sekian... :-)

Rabu, 5 Januari 2011

Di Timpa Ujian...

Manusia Itu Seistimewa Mana Pun,
Tidak Dapat Lepas Daripada Ujian Yang Menyusahkan,
Raja Diuji, Orang Yang Berkuasa Diuji,
Orang Kaya Diuji, Yang Pandai Diuji,
Apatah Lagi Rakyat Jelata Dan Orang Biasa,
Ujian Mereka Bertimpa-Timpa,
Ujian-Ujian Itu Pula Banyak Caranya,
Bukan Satu Perkara....


Diantara Ujian-Ujian Itu,
Sakit Yang Bermacam-Macam Jenis,
Miskin, Papa, Orang Kata, Orang Hina, 
Hasad Dengki Manusia
Dilanggar Kereta, 
Jatuh Daripada Tempat Tinggi,
Patah Kaki, 
Kematian Keluarga, 
Bencana Alam,
Yang Sering Terjadi Kepada Manusia,
Peperangan Yang Berlaku Dikalangan Manusia,
Berbagai-Bagai Jenayah Yang Terjadi Didalam Kehidupan Manusia,
Ujian Itu Tidak Ada Seorang Manusia Yang Terlepas Darinya,
Kalau Begitu, Dimana Kebahagian Manusia?


Kadang-Kadang Ujian Itu Bertimpa-Timpa,
Bukan Satu Sahaja,
Adakalanya Ujian Itu Disamping Sakit, 
Miskin Pula, Orang Kata Dan Orang Hina,
Kalau Orang Tak Kenal ALLAH, 
Tak Faham Kerja ALLAH,
Tidak Tahu Hikmah Sebab ALLAH Jadikan,
Manusia Akan Kecewa, Sakit Jiwa,
Ada Yang Akan Putus Asa, Bunuh Diri,
Kemudian Diakhirat Masuk Neraka,


Kalau Manusia Kenal ALLAH, 
Faham Peranan ALLAH,
Faham Hikmah Mengapa ALLAH Adakan Ujian,
Mereka Masih Ada Hiburan,
Mereka Masih Ada Kebahagian,


Contoh:
Diuji Manusia Penghapusan Dosanya,
Diuji Manusia Nak Dibanyakan Pahalanya,
Diuji Manusia Diakhirat Kesyurga Nak Diberi Istimewa,
Manusia Diuji,
Nak Ditinggikan Darjat Diakhirat Sana Didalam Syurga,
ALLAH Kurangkan Didunia,
Nak Dilebihkan Diakhirat Sana Dengan Syurga Yang Tak Ada Tandingannya,
Diuji Manusia Dengan Berbagai-Bagai Ujian,
Kalau Manusia Redha, Dianggap Ibadah Kepadanya,


Apa Yang Kita Ceritakan,
Bukankah Itu Hiburan Kepada Manusia?
Kalau Manusia Itu Faham Peranan Tuhannya,
Bukankah Ujian Itu Penghibur Lara Kepada Jiwa Manusia?
Kalau Manusia Fahamlah Tentang ALLAH,
Kesusahan Itu Adalah Hiburan Kepada Mereka,
Kalau Begitu Keadaan Manusia, Tak Ada Sebab Nak Dukacita,
Lebih-Lebih Lagi Sampai Berputus Asa,

Apa Yang ALLAH Lakukan Kepada Kita Itu Kalau Kita Faham,
Semuanya Kebaikan Untuk Kita,
Kalau Kita Faham Semua Itu, Itu Khabar Gembira,
Kalau Kita Faham Itukan Kebahagian Manusia,
Kalau Kita Faham Baiknya ALLAH Kepada Kita,
Susah Pun Kita Ditimpa ALLAH,
Semuanya Itu Menguntungkan Kita,
Kalau Kita Sabar Dan Redha,
Kalau Begitu Bergembiralah Dengan Ujian,
Itu Adalah Khabar Gembira Dari ALLAH.


sekian...

Selasa, 4 Januari 2011

Siapakah Orang Yang Ikhlas?

Orang yang Ikhlas itu bila Dicaci atau dipuji, hatinya tetap terkawal.

Ketika ada orang yang menghinanya, maka si penghina seperti sedang menghina udara yang diliputi bukit-bukit gunung, sesuatu yang bukan indah, sehingga kehinaan itu kembali pada si penghina. Seperti alunan Gema.

Orang yang ikhlas itu Ketika dia menyukai kekayaan, maka kekayaan pun berbondong-bondong menghampirinya.

Tapi si ikhlas tidak kemaruk, ia pilih kekayaan yang halal dan bermanfaat saja bagi dirinya dan semesta.

Sehingga , bukan si ikhlas yang sibuk mengejar kekayaan, tapi para kekayaanlah yang tunjuk gigi di hadapannya.
"Pilih aku sahaja!" begitu permintaan beberapa kekayaan dari si ikhlas.

Orang yang ikhlas itu Ketika dia menyukai seseorang maka yang disukainya merasa tertarik dan ingin mendekatinya. Yang disukainya merasa aman jika berdekat-dekatan dengan orang yang ikhlas. Sukarnya menolak cinta orang yang ikhlas.

Orang yang ikhlas itu Dadanya sentiasa lapang. Nafasnya penuh kemaafan. Langkahnya ringan dan terarah. Ia tidak merasa bimbang dengan dirinya, sebab ia hanya merasa menjalani hidup yang sudah diaturNya.

Dia bergerak bukan sebab keinginannya, tapi dia bergerak kerana Tuhan menggerakkannya. Jadi, gerakannya bukan sia-sia apalagi kejalan bermaksiat.

Mengapa demikian, ikhlas itu kosong (bersih) dan berada di bawah (tawadhu). Sedangkan air mengalir ke tempat yang kosong dan rendah. Sehingga kehidupan menghampirinya, sehingga banyaknya, ke alam semesta.

Dan jika pun ada unsur negatif yang turut hadir, maka akan terhalang dari memasukinya, sebab wadah hati yang kosong dan rendah itu sudah disaring oleh istighfar yang penuh dengan kemaafan.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang ikhlas, dan berikanlah kami tanda-tandanya, dan jauhkanlah kami dari kemusyrikan, kesombongan, dan kemunafikan....

Isnin, 3 Januari 2011

Disebalik Perkahwinan...

Pernikahan Itu…


Membuka Tabir Rahsia,
Bahawa Isteri Yang Kita Nikahi,
Tidaklah Secantik Zulaikha…
Tidaklah Selembut Aisyah,
Tidaklah Setakwa Maryam
Tidak Pula Setabah Fatimah,
Apalagi Semulia Khadijah…
Akan Tetapi Dia Hanyalah
Perempuan Akhir Zaman
Yang Ingin Memperbaiki Diri,
Untuk Belajar Menjadi Seorang
Wanita Yang Solehah

Ia Adalah Wanita
Yang Tidaklah Sempurna,
Sehingga Ia Merasa Sempurna,
Ketika Tuhan Mentakdirkan
Seseorang Hadir Dalam Kehidupannya,
Untuk Selalu Setia Menemaninya
Saat Senang Maupun Susah…


Pernikahan Itu… 

Mengajarkan Kita Kewajiban Bersama…
Jika Isteri Menjadi Tanah,Kitalah Langit Penaungnya
Jika Isteri Ladang Tanaman,Kitalah Pagar Penjaganya
Jika Isteri Adalah Murid,Kitalah Pembimbingnya
Jika Isteri Bagaikan Anak Kecil,Kitalah Tempat Bermanjanya
Saat Isteri Menjadi Madu,Teguklah Sepuasnya
Seketika Isteri Menjadi Racun,Kitalah Penawar Bisanya
Seandainya Isteri Tulang Yang Bengkok,
Maka Lemah Lembutlah Saat Meluruskannya..

Pernikahan itu
Menyedarkan Suami Isteri,
Perlunya Iman Dan Takwa,
Untuk Bersama Meniti Sabar 
Dalam Menggapai Redhanya…


Pernikahan Itu…

Menyingkap Tabir Rahsia,
Bahawa Suami Yang Kita Nikahi…
Tidaklah Setampan Yusuf
Tidaklah Segagah Musa,
Tidaklah Setaat Ibrahim
Tidak Pula Setabah Ayyub,
Apalagi Semulia Muhammad

Akan Tetapi Dia Hanyalah
Laki-Laki Akhir Zaman
Yang Ingin Memperbaiki Diri,
untuk Belajar Menjadi Seorang
Hamba/Lelaki Yang Soleh

Dia Adalah Lelaki 
Yang Tiadalah Sempurna,
Sehingga Ia Merasa Sempurna
Ketika
Tuhan Menakdirkan Seseorang Hadir
Dalam Kehidupannya,
untuk Selalu Setia Di Sampingnya
Saat Senang Maupun Susah…


Pernikahan Itu… 

 Mengajarkan Kita Tanggung Jawab Bersama…
Jika Suami Menjadi Rumah,Kitalah Penghuninya
Jika Suami Nahkoda Kapal,Kitalah Pembaca Petanya
Jika Suami Bagai Anak Kecil Yang Nakal,Kitalah Penuntun Kenakalannya,
Saat Suami Menjadi Raja, Nikmatilah Anggur Singgahsananya
Seketika Suami Menjadi Bisa, Kitalah Penawar Racunnya
Seandainya Suami Sedang Marah, Maka Bersabarlah Saat Memperingatkannya…

Pernikahan Menginsyafkan Suami Isteri,
Perlunya Iman Dan Takwa,
untuk Bersama Meniti Sabar
Dalam Mencari Redhanya…


Pernikahan Itu…

Bagaikan Sebuah Bahtera…
Bahtera Yang Bersandar Di Pelabuhan Itu
Memang Aman Dan Nyaman,
Namun Bukanlah Itu
 Tujuan Dibuatnya Bahtera…

Begitu Pula Bahtera Rumah Tangga,
Akan Selalu Ada Terpaan Gelombang Yang Menerjang,
Pun Badai Cubaan Yang Menghadang...

Kadang Kecemburuan,
Kadang Perselisihan,
Kadang Fitnah,
Kadang Perdebatan,
Kadang Saling Mendiamkan,
Kadang Menipisnya Kepercayaan,
Atau Kadang Tak Sejalan…

Adalah Hal Yang Lumrah Dalam Rumah Tangga Pernikahan
 
Maka Kesabaran,
Kerendah Hatian,
Kelemah Lembutan,
Berlapang Dada,
Saling Memahami
Dan Saling Memaafkan,
Adalah Kunci Utama
untuk Menjaga Ikatan Suci Pernikahan…



Pernikahan Itu…

Kebahagiaan Sesungguhnya Bukan Pada…
Menggunungnya Harta Yang Kita Kumpulkan,
Atau Kelapangan Hidup Yang Selalu Kita Dapatkan…

Apabila Ternyata Semua Itu
Hanyalah Cubaan,
Atas Segala Kelalaian Kita,
Semua Akan kembali
ke Kampung Halaman Abadi
Yang Dia Janjikan…

Bila Semua Itu Menjadikan Kita Hamba yang Lalai,
Yang Berlumba Dalam Kemewahan,
Tak Peduli Lagi Mana Halal Mana Haram,
Hingga Tibanya Hari Yang Dijanjikan…

Maka Pada Hari Itu,
Para Kekasih Saling Mengingkari,
Suami Isteri Yang Di Dunia Dulu
Seperti Puteri Dan Pangeran,

Kini Mereka Bermusuhan
Dan Saling Menyalahkan…
Sebab Mereka Dahulu
Tidak Saling Melarang Dalam Keburukan…

Dan Adakah Kerugian Yang Lebih Perih
Bila Sampai Kita Digiring
Ke Dalam Neraka Yang Dinyalakan…



Pernikahan Itu…

Kebahagiaan Sesungguhnya Ada Padanya…
Barakahnya Rezeki Yang Kita Kumpulkan,
Serta Diberikannya Kita Petunjuk Dalam Keimanan,
Ketakwaan, Dan Ketaatan,
Hingga Tibanya Hari Yang Dijanjikan…

Maka Pada Hari Itu,
Para Kekasih Saling Dipertemukan,
Kerana Seorang Kekasih
Akan Bersama Lagi Dengan Yang Dikasihinya,
Seorang Isteri Akan Kembali
Bersama Suami Yang Dicintainya…

Sebab Mereka Dahulu Saling Bersabar
Dalam Melakukan Kebaikan…
Dan Adakah Keuntungan Yang Lebih Indah
Dari Diucapkannya Salam Yang Iringi Kita
Bersama Orang-Orang Yang Kita Cintai
untuk Masuk Ke Dalam Syurga Abadinya
Yang Ditinggikan…


Pernikahan Itu…

Bukanlah Sebuah Pertemuan…
Antara Malaikat Dan Bidadari…
Melainkan Pertemuan Antara
Seorang Adam Dan Seorang Hawa…
Yang Masing-Masing
Memiliki Kelebihan Dan Kekurangan,
Oleh Kerana Itulah
Mereka Saling Melengkapi…

Maka Janganlah Menuntut
Terlalu Tinggi Pada Sang Isteri
Hanya Kita Sendirilah 
Yang Akan Tersentak,
Atas Kekurangan Diri…

Ternyata Kita Bukan Rasulullah
Yang Begitu Adil Dan Bijaksana,
Ternyata Kita Bukan Pula Ali
Yang Begitu Berkasih Sayang Pada Keluarga…

Maka Janganlah Menuntut Terlalu Tinggi
Pada Sang Suami
Sebab Kita Sendirilah Yang Akan Tersentak,
Atas Kelemahan Diri…


Ternyata Kita Bukan Khadijah
Yang Begitu Sempurna Dalam Menjaga,
Ternyata Kita Bukan Pula Fathimah
Yang Begitu Setia Dalam Sengsara…
Mengapa Kita Terlalu Mendamba Isteri Sehebat Khadijah,
Andai Diri Tak Semulia Rasulullah…
Mengapa Kita Terlalu Mencari Isteri Secantik Balqis,
Andai Diri Tak Sehebat Sulaiman…
Mengapa Kita Terlalu Mengharap Suami Setampan Yusuf,
Andai Kasih Tak Setulus Zulaikha…
Mengapa Kita Terlalu Mencari Suami Seteguh Ibrahim,
Andai Diri Tak Setabah Hajar Dan Sarah…

Kita Ini Hanyalah
Lelaki Dan Perempuan Akhir Zaman,
Yang Ingin Saling Memperbaiki Diri
UnTuk Belajar Menjadi Lelaki Dan Wanita
Yang Soleh Dan Solehah…

Dan Bersama Membangunkan Keluarga Yang Sakinah...