Sabtu, 30 Oktober 2010

Makanan Untuk Jasad Batin Manusia.


Jasad fisik manusia memerlukan makanan yang baik. Dengan makanan yang baik, maka badan manusia akan sihat dan kuat. Jika makanan yang dimakan oleh jasad fisik tidak baik, maka jasad manusia akan sakit dan lemah.

Jasad batin manusia juga memerlukan makanan yang baik. Jika makanan batin yang diterima baik, maka batin manusia akan sihat, dan demikian pula sebaliknya. Makanan yang baik dan bersih untuk roh manusia di antaranya adalah sebagai berikut:

  • zikir (mengingat Allah)
  • tasbih
  • tahmid
  • tahlil
  • shalat
  • puasa
  • membaca Al Quran
  • berdoa
  • selawat untuk Rasulullah
  • tafakur (berfikir) tentang Allah
  • menguasai ilmu yang bermanfaat
  • memahami dan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah
  • memahami kenapa Allah datangkan ujian
  • paham qada' dan qadar Allah
  • berjuang & berjihad
  • berdakwah & mengajar dengan ikhlas
  • melayani sesama manusia baik dengan ilmu, tenaga, harta dan lain-lain secara ikhlas.

Roh yang mendapat makanan yang baik akan menjadi roh yang memiliki SIFAT² BAIK (MAHMUDAH)

Makanan roh yang tidak bersih / tidak baik di antaranya adalah sebagai berikut:
  • bersenang-senang dengan nyanyian yang melalaikan dari Allah
  • musik yang melalaikan
  • filem yang menampakkan aurat
  • senang melihat aurat bukan muhrim
  • bergaul bebas dengan lelaki / perempuan bukan muhrim
  • berjudi
  • tari-menari
  • minuman keras
  • berzina
  • berhibur di nightclub/disko/pub
  • dan sebagainya
Roh yang mendapat makanan yang buruk akan rusak, jadilah roh itu sakit, mudah berpenyakit. Akhirnya roh tersebut mempunyai SIFAT² BURUK (MAZMUMAH). Roh yang buruk akhirnya menghasilkan tingkah laku anggota badan fisik yang melakukan perbuatan jahat di masyarakat.

Jumaat, 29 Oktober 2010

15 Anugerah ALLAH Pada WANITA Tidak Pada LELAKI


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki."

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.

Khamis, 28 Oktober 2010

Ciri² Isteri Solehah



Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).
 
Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).
 
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
 
Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
 
Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.
 
Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).
 
Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).
 
Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
 
Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.
 
Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

Rabu, 27 Oktober 2010

Syaitan Pon Terkejut...


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.


Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.


Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"


Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"


Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......


Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.


Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.


Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"


Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".


"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.
Renung²kan & Selamat Beramal...

Selasa, 26 Oktober 2010

Cara Hilangkan Sifat Takbur

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yg ada dalam diri manusia iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.


2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.


3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.


4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.


5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.


6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya...

Sekian... 

Isnin, 25 Oktober 2010

Untuk Renungan Bersama

Siapakah Orang Yang Sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah Orang Yang Manis Senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang bila ditimpa musibah lalu berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah Orang Yang Kaya?
Orang yang kaya adalah Orang Yang Bersyukur dengan apa yang ada & tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah Orang Yang Miskin?
Orang yang miskin adalah Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah Orang Yang Rugi?
Orang yang rugi adalah Orang yang sudah sampai Usia Pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah Orang Yang Paling Cantik?

Orang yang paling cantik adalah Orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Paling Luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Sempit Lagi Dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah Orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah Orang Yang Mempunyai Akal?

Orang yang mempunyai akal adalah Orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah Orang Yang Kedekut ?

Orang yg kedekut ialah Orang yang membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

9 Sebab Kenapa Hati Tidak Bahagia

Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Temuduga Terbuka sebagai : CALON JENAZAH


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN
A.      Ahli Syurga Dari Awal.
B.      Ahli Neraka Dari Awal.
C.      Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
  1. Nikmat kubur.
  2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
  3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
  4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Malaikat Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR.
  1. Siapa Tuhan anda?
  2. Apa Agama anda?
  3. Siapa Nabi anda?
  4. Apa Kitab anda?
  5. Di mana Kiblat anda? 
  6. Siapa Saudara anda?   
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

 Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. 

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

RENUNGKAN2 DAN SELAMAT BERAMAL......

Khamis, 21 Oktober 2010

Saidatina Khadijah Binti Khuwalid

Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat org2 mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dgn menginfakkan segenap hartanya ketika semua org menahan hartanya dariku & Allah tlh mengurniakan beberapa org zuriat dari rahimnya yg tdk aku perolehi dari isteri2ku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar]


Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?. Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman.

Beliaulah isteri,sekaligus wanita pertama yg beriman kpda Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Dianugerahi reputasi yg sgguh mulia, keturunan yg terhormat, peribadi yg luhur, perjalanan hidup yg istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yg tinggi dan kalbu yg bening, nama Khadijah begitu harum di dlm sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sbgai seorg wanita yg menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yg suci) .

Beliau seorang janda dari suaminya yg terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dgn 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yg mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu tlh mghantarkan kpda pertemuannya dgn manusia yg paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuka Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membekas dihatinya tatkala berita ttg kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorg pemuda Quraisy dikhabarkan kpda beliau. Tersimpan keinginan yg kuat dlm dirinya utk memperoleh kebaikan itu, hgga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu ttpi tersohor krna luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dlm usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dlm sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sbgai Nabi akhirulzaman.

Perawat Duka, Khairul Anam
Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi salam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehgga beliau kembali tenang & hilang rasa ketakutannya. Dgn tenang & lembut, beliau yg mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan didlm dada suaminya,



Demi Allah, Allah tdk akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yg suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kpda orang yg tdk mampu, bercakap benar & memberikan bantuan kpda mereka yg ditimpa bencana”.



Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dgn ketajaman dan kepekaan akalnya yg menjadikan beliau mampu utk mencermati serta memahami dgn jelas masalah wahyu & risalah yg diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,



Terimalah khabar gembira & teguhkanlah hatimu! Demi Zat yg diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.


Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.



Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.



Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dlm menyampaikan wahyu dan risalahNya utk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.



Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yg tiada surut & gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yg solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan & pertolongan dari beliau dlm menghadapi kaumnya. Beliaulah yg membantu Rasulullah S.A.W dlm mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata2 kesat yg dilontarkan kpda suamninya, beliaulah yg setia disisi baginda dan meringankan beban perasaan yg sngt berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.



Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kpda suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah S.A.W menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kpda suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yg sangat dekat di sisi Rasulullah dgn menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sbgai salah seorg dari saf pertama yg mengimani dakwah Rasulullah S.A.W.



Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam utk selalu giat berdakwah, bersemangat & tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat dibahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan & banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri didlm hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.



“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah S.A.W sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah S.A.W menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku dgn menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku & Allah mengurniakanku beberapa org zuriat dari rahimnya yg tidak diberikan oleh isteri-isteri yg lain” .[HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].


Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.



Wanita Teladan Sepanjang Zaman
Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah.



Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sbgi wanita pilihan sehgga namanya disebut2 diklangan pduduk langit & bumi. Kemuliaan itu tlh diraihnya sjak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam dtg kpda Rasulullah S.A.W dan mengatakan,



“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]



Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?



Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.

Rabu, 20 Oktober 2010

HARGA YANG PERLU DIBAYAR...

Adakah kerana KEGHAIRAHAN aku mengejar MATLAMAT itu, dalam masa yang sama aku  MELUKAKAN mereka-mereka yang berada di SEKELILINGku?

KADANG-KADANG ada HARGA YANG PERLU DIBAYAR...

-Ada yang perlu DIKORBANKAN.
-Ada yang perlu DILUPAKAN.
-AKU Belajar menjadi DIRI AKU SENDIRI.

Dan barangkali aku bukanlah GERGASI yang boleh kamu DUDUK DIBAHUNYA untuk aku bawa bersama dalam LANGKAHNYA YANG BESAR. Tetapi aku mungkin HELANG yang MENYAMBAR dan MEMUSNAHKAN. Terbang TINGGI SENDIRI.

Kerna dalam hati aku 
TIADA KAMU & TIADA KAMU & TIADA KAMU
Yang ada cuma ALLAH SWT dan FIRMAN-FIRMANnya...

Dan aku takut menjadi manusia 
Tidak Punya EMOSI, 
Tidak Punya Rasa, 
Tidak Punya Tawa dan 
Tangis serta Tidak punya Cinta...

Cuma punya KEGHAIRAHAN mengejar TUHAN. Cuma punya KEGILAAN MENCARI KEREDHAANNYA.

Adakah itu KEPUASAN?

Kerna bagi aku, di masa ini, KEGILAAN MENCARI CINTANYA & KEREDHAANNYA itu membuat aku PUAS. Membuat aku GEMBIRA. Dan aku tidak berhenti disini. Aku Orang yang DAHAGA.
DAHAGA APA? DAHAGAKAN CINTA ILAHI...

Dan KEPUASAN HATI aku adalah DALAM AKU BERJUANG & MENYAMPAIKAN...
Ya dalam aku BERJUANG & MENYAMPAIKAN walaupun aku terpaksa MEMBAYARNYA DENGAN SATU HARGA.

Tetapi adakah PERJUANGAN aku ini MENGGEMBIRAKAN kamu?

Adakah ini yang kamu MAHU DARI AKU?

Adakah ini  rasa HATIMU PADA AKU?

Aku tidak tahu. Kerana MATAKU & HATIKU tidak lari dari MATLAMAT itu.

Tetapi JUJUR aku ingin tahu APA RASA HATIMU….

Kerana barangkali kau juga adalah HARGA YANG PERLU AKU BAYAR...

Selasa, 19 Oktober 2010

Memahami Tujuan Perkahwinan yang Bahagia

Adalah penting bagi lelaki yang menjadi ketua keluarga memahaminya. Ini bagi memastikan perkahwinan diterima disisi Allah swt.


Nabi saw bersabda:

"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya,Allah hanya menambah kehinaan padanya.

2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya,Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya,Allah hanya menambah kerendahan padanya.

4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihara farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."
Hadis riwayat at-Thabrani



MUNGKIN MUSUH ANDA YANG PALING DEKAT


Firman Allah SWT:

Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Surah al-Munafiqun 14)



JANGAN JADI DAYUS

Lelaki yang baik adalah lelaki yang tidak mengikut semua kemahuan isteri sehingga membuat perkara yang dilarang. Begitu juga sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun pasangan tersebut menyebabkan runtuhnya iman dan akhlaknya.


Nabi saw bersabda: "Tiga golongan yang tidak masuk syurga 

1. Penderhaka ibu bapa 
2. lelaki yang dayus 
3. wanita yang menyerupai lelaki."

JADILAH LELAKI YANG LEBIH BAIK DARI WANITA

Lelaki perlu lebih bersedia untuk memimpin perkahwinan lebih dari wanita. Beliau perlu melayan sebaiknya kepada isteri seperti Rasulullah saw melayan para isterinya.

Nabi saw bersabda:

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik adalah Suami yang paling baik kepada isterinya." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim)

Isnin, 18 Oktober 2010

Derhaka Seorang Ayah Kepada Anak.

Selalu di dengar kisah anak derhaka sama ada kepada ibu atau bapa, dan umum sudah mengetahui bahawa balasan anak derhaka ialah neraka, dan Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji Nya. Bagaimana pula kes penderhakaan ibubapa kepada anaknya sendiri?. Adakah ada atau wujud kes-kes sebegini? 

Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang bapa datang berjumpa Saidina Umar Al-Khattab dengan katanya “Wahai Amirul Mukimnin, sesungguhnya anakku telah derhaka kepada ku”.

Lalu Khalifah Umar Khattab memanggil anak yang derhaka itu dan bertanya "kenapa kamu derhaka kepada ayahmu?". Anak itu tanya Khalifah Umar Al-Khattab "Apa tanggungjawab bapa kepada anak.?" Maka Khalifah Umar Al-Khattab bagitahu bahawa tanggungjawab bapa kepada anak itu empat perkara iaitu :-

(1) Kahwin dengan wanita yang baik
(2) Menamakan anaknya dengan nama yang baik
(3) Mendidiknya
(4) Mengahwinkannya


Maka anak itu bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab bahawa "ke empat-empat perkara itu tidak ditunaikan oleh ayahnya." Anak itu seterusnya bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab:-

(1) Ayah dia kahwin dengan pelacur yang jadi ibunya sekarang ini
(2) Ayah dia menamakannya “Kelawar Jantan”
(3) Ayah dia tidak memdidik dia
(4) Ayah dia tidak mengahwinkan dia


Maka Khalifah Umar Al-Khattab tanya bapa itu tadi “Betulkah begitu wahai bapa budak?”.Bapa budak itu menundukkan kepalanya. Justeru itu, "kamulah dulu yang derhaka kpda anakmu. "
Renung-renungkalah wahai sekelian bapa-bapa semua.

Bagaimanakah Cara Sebenar Islam Naik Semula? Bahagian V

Selain itu, sesebuah jemaah atau parti yang memperjuangkan kebenaran seharusnya mampu melakukan yang berikut, sebagai tanda merekalah golongan yang dimaksudkan oleh hadis-hadis dan patut disokong sepenuhnya.

1. Ahli yang memasukinya mampu melakukan perubahan hati. Perubahan ini berbentuk membersihkan hati mereka daripada dosa dan titik-titik hitam. Jemaah menggalakkan mereka banyak-banyak bertaubat.


2. Ahli-ahlinya mampu menyelaraskan pemahaman terhadap hampir seluruh aspek perjuangan. Hal ini hanya mampu dilakukan oleh sebuah jemaah sahaja dalam setiap seratus tahun atau pemimpinnya itu seorang yang bertaraf mujaddid atau sekurang-kurangnya bertaraf imam mujtahid mutlak.


3. Ahli-ahlinya mampu melakukan perubahan fizikal. Pakaian mereka semakin kemas menurut syarak dan sentiasa dipatuhi sepanjang masa, walau di mana sahaja mereka berada, bukan sahaja semasa di hadapan para pengikut mereka.


4. Ahli-ahlinya mampu mempertingkatkan iman dari semasa ke semasa. Jika ini dapat dilakukan, itulah juga tandanya jemaah itu adalah jemaah kebenaran.

5. Ahli-ahlinya mampu memperkemaskan ibadat-ibadat wajib dan istiqamah dengan ibadat yang sunat sunat. Salah satu tanda orang yang dikasihi oleh Allah SWT ialah mereka sentiasa memperkemaskah ibadat yang wajib dan istiqamah dengan ibadat yang sunat-sunat. Hanya jemaah kebenaran sahaja yang mampu menitikberatkan ibadat sunat ini di kalangan ahlinya. Jika selain jemaah kebenaran, pengikut imam mujtahid mutlak juga boleh berbuat demikian. Yang selain dari itu, semuanya pasti gagal.

6. Ahli-ahlinya mampu memimpin zaman kerana pemimpin mereka bertaraf Sahibul Zaman, bukannya dipimpin oleh zaman. Kepemimpinan mereka mendahului zamannya dan tidak terkejar oleh jemaah lain, sekurang-kurangnya dalam tempoh masa yang terdekat. Kaedah perjuangan mereka tepat menurut keperluan zaman.


7. Ahli-ahlinya tidak menggunakan kaedah semasa, baik dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, keilmuan dan sebagainya. Kaedah mereka adalah kaedah lama, kaedah yang sudah tidak diketahui lagi oleh kalangan ilmuwan, walau yang paling cerdik sekalipun.


8. Mengajak ahli-ahlinya menghisab dosa-dosa dan kesalahan sendiri, tidak memperkatakan dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan orang lain. Lidah mereka bersih daripada menipu, mengata-ngata orang, memfitnah, membuka aib/kesalahan orang lain atau memperkatakan dosa orang lain.


9. Ahli-ahlinya menganggap tugas kepemimpinan adalah suatu tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul dan akan dihisab dengan teliti di akhirat kelak. Kerana itu, setiap tugas yang diamanahkan kepada mereka akan dijalankan dengan penuh tanggungjawab walaupun tiada yang mengawasi pekerjaannya.


10. Ahli-ahlinya tidak meminta sebarang jawatan untuk memimpin dan tidak berhasrat untuk meminta jawatan. Hal ini amatlah sukar kerana lazimnya setiap parti politik akan meminta orang ramai menyokongnya untuk mendapatkan jawatan dalam sesebuah parti dan seterusnya dalam pentadbiran negara.


11. Ahli-ahlinya diajak sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap masa dan ketika. Hanya dengan hati yang sentiasa mengingati Allah sahajalah pertolongan-Nya akan tiba dan perjuangan mereka sentiasa dibantu.


12. Ahli-ahlinya diajak sangat-sangat mencintai Allah SWT dan merindui Rasulullah SAW sepenuh hati.


13. Jemaahnya mampu membangunkan menurut sunnah sehingga mereka mampu berdikari tanpa bantuan dan sokongan mana-mana pihak.


14. Ahli-ahlinya tidak terjejas oleh sebarang perubahan duniawi yang merosak dan melalaikan. Jemaah-jemaah lain tidak akan mampu menjaga ahli-ahlinya daripada terikut-ikut dengan pengaruh semasa yang merosakkan.


15. Ahli-ahlinya tidak dibiarkan begitu sahaja kerana setiap ahlinya adalah ahli-ahli yang terpimpin dan sentiasa dipimpin. Itulah sikap pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab. Kebajikan mereka sentiasa diisi.


16. Keluarga ahli mereka juga diperhatikan dan turut diasuh dengan keperluan yang sesuai dengan kehendak jemaah. Keluarga ahli mendapat kefahaman yang sama dengan kefahaman pemimpin.


17. Setiap ahli yakin dengan perjuangan mereka dan yakin mereka akan mendapat bantuan daripada Allah SWT. Kerana itu mereka sentiasa memperbaiki diri dan mengikis dosa-dosa dengan harapan doa mereka tidak lagi terhijab akibat dosa-dosa berkenaan.


18. Mereka ditakuti oleh kawan dan lawan. Musuh amat gerun terhadap mereka. Yang sealiran dengan mereka amat sayang dengan mereka ini dan sentiasa bergantung harap kepada mereka.


19. Mampu membawa perubahan yang besar kepada corak dan aliran politik semasa dengan hanya sepatah kata, atau dengan satu ungkapan yang pendek sahaja. Betapalah besar perubahan yang akan mampu dibawanya jika mereka dibenarkan bercakap dengan panjang lebar.


Jika ciri-ciri di atas ada pada sesebuah jemaah atau parti, jangan tangguh-tangguh lagi. Itulah dia jemaah atau parti yang memperjuangkan kebenaran seperti yang telah dijanjikan akan muncul pada akhir zaman. Beramai-ramailah kita mengikutinya dengan hati yang ikhlas dan keyakinan yang penuh. Semoga kita akan mendapat salah satu tempat sebagai salah seorang yang berbahagia di dunia ini dan lebih-lebih lagi bahagianya di akhirat kelak.

Bagaimanakah Cara Sebenar Islam Naik Semula? Bahagian IV

9. Diuji dan ditapis pengikut-pengikutnya untuk menguji kekuatan iman dan keikhlasan hatinya. Hal ini amat perlu kerana dengan melalui ujian dan tapisan demi tapisan itulah baru diketahui siapa yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah, dan sesiapa yang banyak dosanya pasti tertinggal. Ingat, walau berapa ramai pun yang tertinggal, Pemuda Bani Tamim tetap bergerak ke hadapan dan langkahannya tetap laju mara menuju ke matlamat yang telah ditetapkan oleh Jadual Allah. Sesiapa yang mahu mengikutnya perlulah bersabar dan tahan menerima ujian, biar seberat mana pun ujian yang terpaksa diterima itu. Jika Pemuda Bani Tamim terpaksa melalui tujuh tahap ujian berat seperti di atas, maka pengikut-pengikutnya terpaksa juga menerima ketujuh-tujuh ujian itu, tidak dapat tidak. Cuma bezanya, setinggi mana pun ujian yang diterima oleh si pengikut, tetap tidak lebih berat daripada ujian yang ditanggung oleh Pemuda Bani Tamim itu sendiri. Beliau terpaksa menanggung segala ujian itu yang jauh lebih berat dan sukar daripada apa yang diterima oleh pengikutnya.

10. Dinaikkan secara yang tidak zalim. Bolehkah Islam ditegakkan setelah kerajaan yang sedia ada ditumbangkan secara zalim? Ertinya, kita menegakkan keadilan dengan cara yang zalim? Talut dinaikkan sebagai raja dengan cara yang tidak zalim. Dia tidak merampas kuasa dan tidak pula dengan melobi rakyat supaya menyokongnya. Kemunculannya adalah hasil doa dan rintihan rakyat dari kalangan Bani Israel kepada Allah. Nabi Musa AS juga menjadi pemerintah bagi Bani Israel secara semula jadi, tidak ada pengaruh-mempengaruhi dan tidak pernah pula menabur janji-janji manis kepada rakyat. Nabi Muhammad SAW juga tidak pernah menjadi pemimpin dengan menjatuhkan pemimpin Quraisy di Makkah, tidak pernah juga mempengaruhi penduduk Makkah supaya menyokong baginda, tidak pernah menabur janji-janji manis atau janji-janji politik, tidak juga melalui undi dan sokongan rakyat. Malah jauh sekali daripada mencerca peribadi-peribadi pemimpin Quraisy di kota Makkah itu biarpun mereka itu amat nyata kafirnya, malah sudah dimaktubkan kekafiran mereka di dalam Al-Quran. Setiap pemimpin yang zalim dijatuhkan oleh Allah kerana mereka menentang rasul-rasul dan wali-wali Allah dan dalam konteks akhir zaman, pemerintah itu dijatuhkan kerana mereka menentang pemimpin sejati akhir zaman. Mereka juga dijatuhkan oleh Allah kerana dosa-dosa mereka sendiri yang sudah terlalu banyak dan kerana terlalu zalim terhadap Orang-orang Allah, bukannya oleh kuasa rakyat atau melalui sistem demokrasi.


Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa pemerintah (dan rakyat) yang zalim itu akan Dia binasakan kerana kezaliman mereka pada waktu yang telah Dia tetapkan sendiri seperti dalam firman-Nya yang bermaksud kira-kira begini,


“Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan apabila mereka berbuat zalim, dan Kami jadikan bagi mereka itu kebinasaannya pada waktu yang telah dijanjikan.”
(Al-Kahfi : 59)

Pemimpin akhir zaman juga tidak pernah melobi rakyat supaya menyokongnya. Sokongan rakyat kepadanya datang dengan sendiri, melalui hati yang sangat rapat dengan Allah. Sokongan rakyat adalah dengan melaksanakan setiap perintahnya dengan sepenuh taat, tidak berbuat jahat walaupun berada jauh daripada pemimpinnya itu atau tanpa pengetahuan pemimpinnya. Malah setelah pemimpinnya mati sekalipun, mereka tetap tidak akan berbuat jahat kerana mereka taatkan pemerintah mereka tidak mengira sama ada pemimpin mereka itu ada di hadapan atau jauh ataupun setelah matinya. Itulah pemimpin sejati, pemimpin yang sentiasa berada di hati, bukan di jari.


11. Diangkat sebagai pemimpin pada masa yang bersesuaian. Lazimnya pada awal setiap kurun Hijrah. Ulama yang zahir bukan pada masanya yang tepat, tidak sekali-kali boleh dikatakan sebagai mujaddid walaupun ilmunya sangat luas, jasanya sangat besar terhadap umat Islam, pemahamannya dikagumi, tulisan-tulisannya sangat banyak dan matinya pun sebagai seorang syahid. Seorang mujaddid mestilah zahir pada awal kurun Hijrah, bukan di tengah-tengah kurun. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya,


“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan pada awal setiap seratus tahun orang yang akan memperbaharui urusan agamanya.”
(Abu Daud, At-Tabari, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Ertinya, apabila tiba sahaja pada setiap awal kurun Hijrah, maka umat Islam mestilah menumpukan perhatian mereka untuk mencari siapakah dia pemimpin yang Allah utuskan untuk kurun berkenaan. Hal ini telah Allah wajibkan kepada kita, semua umat Islam, untuk mencarinya, mengisytiharkan nikmat ini ke seluruh dunia dan kemudian bersama-sama melantiknya sebagai pemimpin seluruh umat Islam, tanpa mengira sempadan mazhab, pendidikan, geografi atau sebagainya lagi. Hanya dengan inilah sahaja caranya Islam akan menjadi tinggi dan nasib umat Islam akan terbela sepenuhnya daripada segala macam kesukaran dan penderitaan yang sedang kita tanggung pada hari ini. Nasib kita di akhirat sana pun akan lebih terbela dengan keberadaan orang pilihan Allah ini di tengah tengah kita.


12. Diberi keupayaan menghapuskan khurafat-khurafat dan bidaah yang sedang berleluasa. Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud, 

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah supaya agama (Islam yang satu) itu hanyalah untuk Allah semata-mata…” (Al-Anfal : 39)

13. Diberi keupayaan menghapuskan sistem-sistem yang tidak Islamik dan menggantikannya dengan kaedah Islam tulen, seperti firman-Nya yang bermaksud,

"Dialah yang mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan oleh-Nya atas segala agama yang lain keseluruhannya, walaupun orang-orang musyrik itu tidak menyukai.” (At-Taubah : 33)

14. Diberi keupayaan membawa keadilan yang merata, yang sesuai dengan tuntutan syarak. Adil yang dimaksudkan adalah adil menurut Al-Quran, bukannya adil menurut kaca mata Barat. Keadilan yang hakiki tidak akan mampu ditegakkan melainkan oleh seorang pemimpin yang ditunjuk dan didatangkan khusus oleh Allah untuk manusia. Hal ini barangkali agak jelas dan mudah, menurut kefahaman masing-masing. Oleh itu, tidak perlulah diperpanjangkan lagi di sini.


15. Pemimpin sejati adalah orang yang ditaat zahir dan batin. Pada hari ini, ramai pemimpin yang sudah tidak dihormati lagi oleh rakyatnya. Malah orang bawahannya juga sudah tidak tahu lagi menghormati pemimpin mereka. Hal ini sebenarnya adalah disebabkan pengaruh sistem Yahudi yang menyusup masuk ke dalam budaya dan hati kita secara yang amat halus sehingga tidak kita sedari. Memang orang-orang Yahudi tidak pernah mahu menghormati sesiapa pun. Usahkan orang yang bertaraf pemimpin atau raja di kalangan mereka, malah orang yang bertaraf rasul pun tidak pernah mereka hormati. Lihatlah bagaimana Al-Quran merakamkan cara mereka memanggil nabi mereka. Disebutkan di dalam beberapa banyak ayat Al-Quran, mereka memanggil Nabi Musa AS itu dengan sebutan, “Wahai Musa!…” sahaja. Tidak ada disebutkan mereka memanggilnya dengan Alaihissalam atau Rasulullah. Begitulah biadabnya mereka terhadap rasul-rasul mereka sendiri!


Pemimpin yang sejati ditaati perintahnya zahir dan batin. Beliau mestilah berusaha membina peribadinya dahulu dengan ajaran-ajaran Islam, kemudian membina keluarganya dengan persekitaran Islam, kemudian barulah beliau mendirikan sebuah jemaah untuk memulakan kepemimpinannya ke tahap yang lebih luas. Ahli-ahli jemaah ini sentiasa taat kepada beliau kerana meyakini kepemimpinan beliau. Itulah bentuk kepemimpinan yang dikehendaki seperti dalam sabda Nabi SAW yang maksudnya,


“Tiada Islam melainkan dengan jemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepemimpinan dan tiada kepemimpinan melainkan dengan ketaatan.”


Begitu juga sabda Nabi SAW yang menyebutkan, maksudnya,


“Sesiapa yang mentaatiku maka bererti dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku maka bererti dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati Amirku maka bererti dia mentaatiku dan sesiapa yang menderhakai Amirku maka bererti dia telah menderhakaiku.”


Untuk mendapatkan pengesahan seseorang itu sebagai pemimpin umat, perlu berlaku baiat antara si pemimpin dengan si rakyat yang dipimpin. Orang yang tidak berbaiat kepada pemimpin, mendapat dosa yang besar dan dianggap penderhaka, sehinggalah dia membaiat pemimpin berkenaan. Ini telah digambarkan oleh baginda SAW dalam hadisnya yang bermaksud,


“Sesiapa yang mati sedangkan pada lehernya tiada tanggungan baiat, maka matinya adalah mati dalam keadaan jahiliyah.”
(Muslim)

BERSAMBUNG....

Khamis, 14 Oktober 2010

Bagaimanakah Cara Sebenar Islam Naik Semula? Bahagian III

7. Ditentukan pengikut-pengikutnya. Pada zaman Rasulullah SAW, ditentukan bahawa pengikut pengikut baginda disebut sebagai Sahabat, ditentukan pula bahawa Allah SWT telah meredai mereka semuanya dengan firman-Nya yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah telah redha kepada orang-orang mukmin (para sahabat) semasa mereka berbaiat kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah turunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir.”
(Al-Fath : 18)

Manakala untuk umat akhir zaman iaitu zaman kita ini, para pengikutnya juga adalah khusus seperti yang pernah disebutkan oleh Sayidina Ali KMW,


“Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah akan mempertemukan para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya, seperti bertemunya awan-awan pada musim luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak, mereka datang daripada penduduk Kufah (Timur), dan Wali Abdal yang datang daripada penduduk Syam.”


Selain mereka ini, ada sekumpulan lagi pengikut khususnya yang bilangannya lebih besar, yang merangkumi para Rufaqak itu tadi dan disebut sebagai Ikhwan. Ini dijelaskan oleh sabda Nabi SAW yang maksudnya,


“Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.” Maka bertanyalah para sahabat, “Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?” Rasulullah SAW menjawab, “Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan. Ikhwan inilah golongan yang memperkembangkan Islam pada akhir zaman, menggantikan para sahabat RA yang telah memperkembangkan Islam pada awal Islam dahulu. Mereka ini juga telah Allah redhai kepada mereka seperti yang disebutkan oleh sebuah lagi hadis, riwayat Imam Muslim.


Dari Nawas bin Sam’an RA, katanya, Suatu pagi Rasulullah SAW menyebutkan hal Dajjal.


“… (Hadisnya panjang… dipendekkan) … Isa AS mengejar Dajjal itu sampai ditemuinya di Bab Lud lalu dibunuhnya. Kemudian, suatu kaum (maksudnya para Ikhwan) yang dipelihara Allah daripada tipuan Dajjal, datang menemui Nabi Isa bin Maryam AS. Lalu dibarutnya muka mereka dan diceritakannya kepada mereka tingkat kediaman mereka di dalam syurga.
Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mewahyukan kepada Isa AS: …”(Muslim)

8. Diuji dengan cabaran-cabaran khusus untuk memantapkannya. Cabaran dan dugaan ini cukup berat, sekira-kira tidak tertanggung oleh mana-mana pemimpin lain pun di dunia ini pada masa itu. Ini adalah suatu yang amat perlu supaya beliau akan lebih bersih hatinya, lebih tahan menerima ujian, cukup sabar menghadapi cubaan, lebih bersedia menghadapi tugas dan cabaran lebih besar pada masa-masa hadapan, memantapkan hatinya, menghapuskan dosa-dosa dan kesalahannya, dosa-dosa ahli dan jemaahnya dan lebih kuat imannya kepada Allah. Ini sesuai dengan sebuah hadis yang terjemahannya berbunyi kira-kira begini,


“…Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah…”
(At-Tarmizi, Al-Hakim, Abu Daud)


Bersambung......

Rabu, 13 Oktober 2010

Bagaimanakah Cara Sebenar Islam Naik Semula? Bahagian II

Sebenarnya memang benar bahawa Islam tidak naik dengan cara yang sedia ada pada hari ini, dan sekali-tidak tidak akan naik dengan cara itu. Islam ada sistemnya sendiri yang amat jauh berbeza daripada sistem-sistem yang sedia ada, baik pada hari ini mahupun pada masa lalu. Kaedah yang kita amalkan pada hari ini bukanlah kaedah Islam atau kaedah yang sesuai dengan Islam. Untuk memudahkan pemahaman tentang masalah ini, berikut diperturunkan beberapa ciri khusus yang perlu diperhatikan semasa menilai seseorang itu, sama ada layak kita jadikan pemimpin Islam kita atau tidak. Jika tidak ada, maka tidak layaklah dia memperkatakan negara Islam, apatah lagi mahu memerintahnya.

1. Mula-mula sekali Allah SWT turunkan pemimpin berkenaan. Ini adalah perlu kerana pada diri pemimpin berkenaanlah Allah wakilkan pentadbiran-Nya untuk menguruskan sekalian manusia. Hanya dengan orang yang telah Allah SWT sendiri pilih secara khusus untuk menjadi wakil-Nya mentadbir manusia, barulah Islam akan turut sama naik, bersama-sama dengan naiknya pemimpin berkenaan sebagai pemerintah manusia. Hal ini tidaklah perlu dihairankan sangat, atau dipertikaikan lagi, kerana contohnya sudah amat jelas. Contohnya Rasulullah SAW dilantik sebagai pemimpin manusia melalui firman-Nya:


“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu sekaliannya.”
(Al-Aa’raf : 158)

Orang yang menjadi rasul adalah juga pemimpin bagi umatnya, kerana salah satu tugas rasul itu adalah memimpin umatnya melaksanakan syariat Allah, dan sekali gus menjadi ketua bagi umat masing-masing. Begitu juga dengan Bani Israel yang Allah datangkan Talut sebagai pemimpin mereka. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud,


“Dan nabi mereka (Nabi Samuel AS) berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat untuk kamu semua Talut sebagai raja…”
(Al-Baqarah : 247)

Begitu juga semasa Allah SWT melantik Nabi Musa AS sebagai pemimpin mereka, seperti firman-Nya yang bermaksud,


“Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah nikmat Allah kepada kamu semua ketika Dia melantik di kalangan kamu nabi-nabi dan dijadikannya kamu raja-raja.”
(Al-Maidah : 20)

Orang itu dan kepemimpinannya mestilah bertaraf Khalifah. Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud,


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah di atas muka bumi…”
(Al-Baqarah : 30) 


2. Disesuaikan dengan zaman munculnya. Pemimpin seperti ini tidak diturunkan secara semberono sahaja, malah ditentukan pada setiap zaman, bentuk-bentuk kepemimpinan yang perlu dilakukannya. Misalnya untuk zaman ini, pemimpin itu mestilah berusaha menghidupkan kembali sistem pemerintahan Islam sepusat (Centralized Islamic World) yang negara-negara Islam lain tumpang bernaung di bawahnya dan dia juga berusaha menghidupkan kembali sistem khalifah. Pemimpin itu perlu berjuang ke arah ini pada zaman ini kerana sistem khalifah sudah lama dipadamkan dari dunia Islam oleh kuasa-kuasa Barat. Kalau pemimpin berkenaan hanya pandai berkokok tentang Islam di bawah tempurung sahaja, dan tidak pernah cuba menghidupkan sistem khalifah seperti dahulu, maknanya dia bukan pemimpin Islam sejati, malah dia adalah pemimpin yang mencari kepentingan peribadi. Kalau pemimpin itu tidak pernah berusaha membawa pentadbiran Islamnya keluar dari sempadan negaranya, maka dia juga bukanlah seorang pemimpin sejati yang ditunjuk oleh Allah untuk kita. Dia sebenarnya hanyalah seorang pemimpin biasa yang apabila tiba masanya, pasti akan turun juga dari pemerintahannya (sama ada secara sukarela atau terpaksa) untuk memberi laluan kepada pemimpin sejati itu naik memerintah.

 
3. Diberikan sifat-sifat khusus yang jauh berbeza daripada pemimpin lain untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Pada satu-satu masa, yakni pada setiap seratus tahun, hanya dia seorang sahaja yang diberikan sifat-sifat khusus begini, yang sebenarnya bukanlah suatu yang asing dalam Islam. Hanya dikeranakan umat Islam sudah terlalu lama tidak mengamalkannya atau melihat Islam secara realiti, maka apa yang dibawanya itu dilihat sebagai sesuatu yang baru. Itulah salah satu sifat utama seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Allah, mampu membawa perubahan yang menyeluruh kepada seluruh umat, tanpa mengira sempadan negara dan bangsa. Apa yang dibawanya itu amat asing bagi, bukan sahaja orang-orang kafir malah umat Islam sendiri, termasuk kalangan ulamanya. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
   
“Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (Muslim)

4. Dikhususkan ilmu, penghayatan dan kefahaman kepadanya yang bersesuaian dengan zaman itu. Ini amatlah penting kerana dengan pemberian sifat-sifat khusus seperti inilah mereka diberi kemampuan untuk membawa seluruh manusia kepada Allah, sedangkan sebelumnya mereka begitu hanyut dengan pelbagai bentuk keduniaan yang melalaikan. Dengan ilmu mereka yang sentiasa hidup itulah, umat Islam akan tertarik hatinya untuk kembali mengamalkan ajaran Islam, bertaubat dari perangai lamanya dan bertukar menjadi orang yang saleh. Ini tidak perlu dihairankan kerana Rasulullah SAW pernah berbuat demikian terhadap para sahabat baginda seperti yang banyak diriwayatkan, baik di dalam buku-buku sejarah Islam mahupun di dalam buku-buku sejarah umat Islam. Hal ini tidak akan Allah berikan kepada mana-mana pemimpin pun pada sesuatu zaman itu. Jika ciri-ciri ini ada pada seseorang, maka orang itulah pemimpin sejati kita, tidak akan ada dua atau tiganya lagi. Jika hendak terjumpa pun orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama, kenalah tunggu hingga seratus tahun lagi. Itupun jika umur kita masih panjang atau dunia ini masih belum dikiamatkan lagi.

5. Pemimpin umat Islam adalah orang yang paling bertakwa di kalangan manusia. Mereka bukan sahaja orang Islam, malah dia beriman kepada Allah. Dia membesarkan sembahyang bagi dirinya dan memerintahkan pengikutnya membesarkan sama sembahyang. Allah SWT sangat dibesarkan, ditakuti dan dicintai melebihi dari segala-galanya. Segala ungkapan cinta dan asyik, tertuju khusus kepada Allah. Apabila pemimpinnya sendiri mencintai Allah, pastilah rakyatnya akan turut sama mencintai Allah. Sunnah Rasul SAW sangat dibesarkan dalam setiap aspek kehidupan sehingga perkara yang kecil-kecil pun dibesarkan sama, kerana kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW terzahir dalam setiap tindak tanduk mereka. Semua ini sudah diterangkan oleh Allah SWT sendiri seperti firman-Nya yang mafhumnya,  

“Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang sentiasa mendirikan sembahyang, yang mengeluarkan zakat dan adalah mereka itu orang-orang yang rukuk.” (Al-Maidah : 55)

6. Ditentukan tempat munculnya. Rasulullah SAW sudah menjelaskan tempat munculnya pemimpin akhir zaman. Untuk akhir zaman ini, tempat munculnya juga sudah dijelaskan oleh Nabi SAW dengan menyatakan, yang maksudnya,  

“Seorang lelaki dari anak cucu Al-Hasan akan datang dari arah Timur. Jika dia menghadap ke arah gunung, akan dipukulnya sampai rata, sehingga mereka berjaya melaluinya.”
  
Orang yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah Syuaib bin Saleh at-Tamimi, datang dari keturunan Sayidina Hasan bin Ali RA iaitu keturunan Ahlulbait dan tempat munculnya adalah di Timur. Timur yang dimaksudkan itu adalah di Asia Tenggara ini, iaitu kawasan tempat tinggal kita sekarang.


Bersambung...