Rabu, 30 Mac 2011

Kami Tidak Mampu Menanggung Azab Neraka Mu

Wahai Allah, Kami Tidak Mampu Menanggung Azab Neraka Mu....


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'


Lalu Nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'


Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.


Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'



Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'


Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' 

Jawab Jibrail: 

'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun dan namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,


Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.


Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang untuk orang Yahudi bernama Huthomah.


Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'



Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?'


Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'


Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sungguh aku merasa begitu sedih apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'


Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka JahanamKu itu:


1. Mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum (pohon zarqum itu ialah pohon yang mempunyai buah berduri)



8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.


10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Betapa dasyatnya neraka Allah, dasyat juga siksaan bagi para penghuninya. Mampukah kita insan kerdil ini untuk menghadapi? Sedangkan keperitan dunia yang sedikit umpamanya tercucuk duri pun sudah terasa peritnya, apatah lagi panasnya api neraka Allah...


Moga peringatan ini mampu menginsafkan kita. Berdoalah moga kita dijauhkan dari siksaan api neraka.


Isnin, 21 Mac 2011

7 Petanda Kebahagiaan Dunia....

1. Qalbun Syakirun iaitu Hati yang selalu bersyukur

2.
Al Azwaju Shalihah iaitu Pasangan hidup yang soleh

3.
Al Auladun Abrar iaitu Anak yang soleh.

4.
Albiatu sholihah iaitu Lingkungan yang kondusif untuk iman kita.

5.
Al Malul Halal iaitu Harta yang halal.

6.
Tafakur Fi Dien iaitu Semangat untuk memahami agama.

7.
Umur Yang Barakah  ertinya Umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.


p/s: susahnya penulis nak jumpa 'Petanda'.

Khamis, 17 Mac 2011

Qadha Qadar Tuhan yang engkau perlu terima...

1. Jenis kelamin - ada operasi untuk mengubah kelamin sex. Tapi tidak boleh mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, apakah engkau wanita ataupun lelaki.

2. Ibu bapa - Tidak ada yang mahu memilih dilahirkan oleh orang tua yang mana dia mahu. So, you must respect your parents!! Apakah orang tuamu seorang pemabuk, penjudi, pelacur, pembunuh sekalipun, you must respect them!!

baik atau buruk, itu adalah kehidupanmu nanti. Your kids won't respect you, is it terrible?

3. Hari kelahiran - Sudah ditetapkan oleh Tuhan, sebelum dunia dijadikan.Amazing? But it's true.

Jangan menyesal, mengapa engkau lahir ke dunia tapi disia-siakan oleh orang yang kau kasihi. Tuhan merancang tujuan untukmu.

4. Fizikal - Kalau RAMBUT engkau keriNting. Kalau hidungmu tak mancung, terima lah itu. Saya banyak melihat orang yang mengubah bentuk wajahnya, apakah itu memancungkan hidung, bulu matanya dicukur licin, dll, jadi lebih buruk dan tidak natural.

5. Masa lepas - Ini juga sudah ditetapkan oleh Tuhan.

Jangan melihat ke belakang, hanya membuat engkau "frozen" - can not do anything! Look to the future and see how good it is.

6. Kedudukan dalam keluarga - Apakah engkau anak bongsu, sulung, atau tengah, you can not change it. Nikmati dengan seadanya.

7. Suku bangsa / keturunan - Menyesal jadi bangsa yg selalu dihina lemah dsb. Juga jika ingin berkahwin perlu adat yang mahal dan susah? Atau engkau ingin jadi orang berketurunan atasan yg selalu dipandang . So, do the best in your job, jangan khianat dan cubalah menolong untuk memperbaiki bangsa mu sendiri.


Terimalah dirimu apa adanya, seperti Tuhan menerimamu.

Memang dunia melihat rupa, tapi Tuhan melihat hati.

engkau harus menerima apa yang sudah Tuhan berikan padamu.


Sekian...

Rabu, 16 Mac 2011

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran...


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

Inilah sifat yang perlu kita contohi..

-Masih adakah umatnya yg dapat mengikuti kebanyakan cara2 rasul mereka pada masa sekarang?

Khamis, 10 Mac 2011

Hal Rahsia Diri

Ilmu zahir ada 12 macam dan ilmu batin pun 12 macam dibahagi kepada golongan umum dan golongan khusus menurut kadar perjuangannya.
Dari 24 macam ini terbagi ia kepada 4 bab.
  • Bab 1 - Zahir Syariat - iaitu tentang perintah dan larangan serta hukum - hukum.
  • Bab 2 - Batin Syariat - yang disebut Ilmu Batin dan Tariqat.
  • Bab 3 - Ilmu Batin yang disebut Ilmu Ma'rifat.
  • Bab 4 - Ilmu Hakikat.
Manusia diharuskan menguasai bab keempat tadi, seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: 

"Syariat bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah".

Al-Quran mencakup 4 bab di atas dengan petunjuk dan isyarat secara tafsir dan takwil. Penyusun Kitab 'Al - Majma' berfatwa bahawa tafsir bagi awam dan takwil bagi orang khusus, kerana orang - orang khusus ini adalah ulama' yang 'rusukh'. 

Rusukh maknanya tetap kuat, kukuh dan teguh di bidang ilmu. Sifat ini dimiliki oleh ulama Rasikhin iaitu suatu hasil dari kalimat yang ditanamkan di lubuk hati setelah berupaya membersihkan hati. Bukti ketinggian martabat ulama Rasikhin adalah ayat Al-Quran yang mencantumkan lafaz Rasikhin yang di'athafkan kepada lafaz Jalalah (Illallah) dalam ayat 'Syahidallahu....' dan seterusnya di dalam Surah Ali Imran: 18;
Mufassir Tafsir Al - Kabir berkata :

"Bila pintu yang ini (Rasikhin) telah terbuka, maka akan terbukalah segala yang batin. Seorang hamba diwajibkan melaksanakan perintah, menjauhi larangan dan melawan nafsu di seluruh daerah yang empat,
      • mulki (jasad)
      • malakut (hati)
      • jabarut (fuad)
      • lahut (sir)

Nafsu menggoda di
  • daerah syariat dengan membuat perlawanan - perlawanan.
  • Sedangkan di daerah Tariqat, nafsu menggoda dengan mendorong dan menyetujuinya tetapi di dalamnya terkandung tipuan seperti pengakuan menjadi nabi, wali dan sebagainya.
  • Sedangkan di daerah ma'rifat nafsu menggoda dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) yang bangsa cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan. Allah berfirman (Al-Furqan:43): "Engkau mengetahui orang - orang yang menjadi Tuhan sebagai hawa nafsunya"
  • Di daerah Hakikat pula syaitan, nafsu dan malaikat tidak dapat memasukinya sebab bila berada di situ akan hangus, kecuali AlLah. Jibril a.s. berkata : "Kalau aku memasukkan hujung jariku ke alam ini maka hanguskah aku.
Manusia yang telah mencapai alam ini bererti dia selamat dari dua seteru; dan jadilah dia manusia yang ikhlas". Sesuatu yang tidak mencapai hakikat, maka dia tidak akan mencapai ikhlas kerana sifat - sifat 'Basyariyyah Ghairiyyah' (sifat manusia selain Tuhan) tidak akan hancur, kecuali dengan 'Tajalli Zat'. 

Sifat bodoh hanya akan hilang dengan Ma'rifat Zat. Allah akan memberi ilmu orang yang sampai ke darjat ini tanpa perantaraan. Manusia akan mengenal AlLah kerana diperkenalkan oleh AlLah dan beribadat kepada AlLah dengan pendidikan AlLah, seperti Nabi Khidir a.s. Di alam ini dia akan menyaksikan Ruh - ruh Qudsiyah dan mengetahui Nabinya (Muhammad SAW) secara hakiki. Maka akan berbicaralah dari akhirnya hingga permulaannya.
Seluruh nabi menyampaikan khabar gembira atas keberhasilan si hamba kerana sampai kepada AlLah yang kekal. Firman AlLah (Surah An-Nisa':69):
    "Dan mereka itulah teman sebaik - baiknya".
Amaliyah bagi Ruh Jasmani adalah menggunakan Ilmu Zahir. Pahalanya hanya syurga. Maka di sana akan jelaslah kebaikan dari sifat (orang yang beribadah akan masuk syurga; sebaliknya orang yang tidak beribadah akan masuk neraka).
Sedangkan untuk masuk ke 'Haramil Qudsiyah' dan dekat dengan AlLah tidak cukup bila hanya menggunakan Ilmu Zahir saja. Untuk ke sana harus dengan Ilmu Terbang; dan terbang itu harus menggunakan dua sayap. Bila satu, maka perjalanan akan pincang. Maka dengan kesepaduan Ilmu Zahir dan Batin barulah sampai seorang hamba ke Alam Qudsi.
AlLah berfirman di dalam Hadis Qudsi: 

"Hai hambaKu, bila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut; kerana
  • alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim;
  • alam Malakut, syaitan bagi orang Arif;
  • alam Jabarut, syaitan bagi orang yang akan masuk ke alam Qudsiyah".
Wajib bagi semua manusia mengetahui ukuran dirinya dan jangan mengaku sesuatu yang bukan haknya. Imam Ali berkata: "AlLah menyayangi orang - orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia - siakan umurnya". 

Seorang Alim harus mampu mencapai makna hakikat manusia yang disebut Tiflul Ma'ani (Bayi Ma'nawi). Setelah itu harus mendidiknya dengan tetap melakukan Asma Tauhid dan keluar dari alam Jasmani ke alam Ruhani, iaitu alam As-Sirri yang di sana tidak sesuatupun selain AlLah. Sir itu seperti lapangan dari cahaya, tidak ada hujungnya. Inilah Maqam Al-Muwahidin. 

Mudah - mudahan tulisan di atas bermanfaat dan menjelaskan sedikit sebanyak hal rahsia diri - insan. Berusahalah untuk mencapai ke tahap itu melalui tunjukan guru atau orang yang ahlinya. Ada di antaranya sengaja tidak dihuraikan dengan lebih lanjut kerana sebagiannya adalah rahsia yang perlu dibicarakan secara khusus.