1. Jenis kelamin - ada operasi untuk mengubah kelamin sex. Tapi tidak boleh mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, apakah engkau wanita ataupun lelaki.
2. Ibu bapa - Tidak ada yang mahu memilih dilahirkan oleh orang tua yang mana dia mahu. So, you must respect your parents!! Apakah orang tuamu seorang pemabuk, penjudi, pelacur, pembunuh sekalipun, you must respect them!!
baik atau buruk, itu adalah kehidupanmu nanti. Your kids won't respect you, is it terrible?
3. Hari kelahiran - Sudah ditetapkan oleh Tuhan, sebelum dunia dijadikan.Amazing? But it's true.
Jangan menyesal, mengapa engkau lahir ke dunia tapi disia-siakan oleh orang yang kau kasihi. Tuhan merancang tujuan untukmu.
4. Fizikal - Kalau RAMBUT engkau keriNting. Kalau hidungmu tak mancung, terima lah itu. Saya banyak melihat orang yang mengubah bentuk wajahnya, apakah itu memancungkan hidung, bulu matanya dicukur licin, dll, jadi lebih buruk dan tidak natural.
5. Masa lepas - Ini juga sudah ditetapkan oleh Tuhan.
Jangan melihat ke belakang, hanya membuat engkau "frozen" - can not do anything! Look to the future and see how good it is.
6. Kedudukan dalam keluarga - Apakah engkau anak bongsu, sulung, atau tengah, you can not change it. Nikmati dengan seadanya.
7. Suku bangsa / keturunan - Menyesal jadi bangsa yg selalu dihina lemah dsb. Juga jika ingin berkahwin perlu adat yang mahal dan susah? Atau engkau ingin jadi orang berketurunan atasan yg selalu dipandang . So, do the best in your job, jangan khianat dan cubalah menolong untuk memperbaiki bangsa mu sendiri.
Terimalah dirimu apa adanya, seperti Tuhan menerimamu.
Memang dunia melihat rupa, tapi Tuhan melihat hati.
engkau harus menerima apa yang sudah Tuhan berikan padamu.
Sekian...
YA ALLAH,SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON CINTA-MU & CINTA ORANG² YG MNCINTAIMU SERTA CINTA YG DPT MENDEKATKAN AKU KPD CINTAMU.YA ALLAH,JADIKAN CINTA-MU SESUATU YG PALING KUCINTAI DRPD CINTAKU KPD KELUARGAKU,HARTAKU & AIR SEJUK PD SAAT KEHAUSAN.YA ALLAH,JADIKANLAH AKU MENCINTAIMU, MENCINTAI RASULULLAH S.A.W,PARA² NABI & RASUL-MU,MALAIKAT²-MU,SERTA HAMBA²MU YG SOLEH.YA ALLAH,JADIKANLAH AKU MENCINTAIMU DGN SEGENAP CINTAKU & SELURUH USAHAKU DEMI KEREDHOAN-MU".AMIN...
Khamis, 17 Mac 2011
Rabu, 16 Mac 2011
Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran...
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. ‘
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.
Inilah sifat yang perlu kita contohi..
Inilah sifat yang perlu kita contohi..
Khamis, 10 Mac 2011
Hal Rahsia Diri
Ilmu zahir ada 12 macam dan ilmu batin pun 12 macam dibahagi kepada golongan umum dan golongan khusus menurut kadar perjuangannya.
Dari 24 macam ini terbagi ia kepada 4 bab.
- Bab 1 - Zahir Syariat - iaitu tentang perintah dan larangan serta hukum - hukum.
- Bab 2 - Batin Syariat - yang disebut Ilmu Batin dan Tariqat.
- Bab 3 - Ilmu Batin yang disebut Ilmu Ma'rifat.
- Bab 4 - Ilmu Hakikat.
Manusia diharuskan menguasai bab keempat tadi, seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Syariat bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah".
Al-Quran mencakup 4 bab di atas dengan petunjuk dan isyarat secara tafsir dan takwil. Penyusun Kitab 'Al - Majma' berfatwa bahawa tafsir bagi awam dan takwil bagi orang khusus, kerana orang - orang khusus ini adalah ulama' yang 'rusukh'.
Rusukh maknanya tetap kuat, kukuh dan teguh di bidang ilmu. Sifat ini dimiliki oleh ulama Rasikhin iaitu suatu hasil dari kalimat yang ditanamkan di lubuk hati setelah berupaya membersihkan hati. Bukti ketinggian martabat ulama Rasikhin adalah ayat Al-Quran yang mencantumkan lafaz Rasikhin yang di'athafkan kepada lafaz Jalalah (Illallah) dalam ayat 'Syahidallahu....' dan seterusnya di dalam Surah Ali Imran: 18;
Mufassir Tafsir Al - Kabir berkata :
"Bila pintu yang ini (Rasikhin) telah terbuka, maka akan terbukalah segala yang batin. Seorang hamba diwajibkan melaksanakan perintah, menjauhi larangan dan melawan nafsu di seluruh daerah yang empat,
- mulki (jasad)
- malakut (hati)
- jabarut (fuad)
- lahut (sir)
Nafsu menggoda di
- daerah syariat dengan membuat perlawanan - perlawanan.
- Sedangkan di daerah Tariqat, nafsu menggoda dengan mendorong dan menyetujuinya tetapi di dalamnya terkandung tipuan seperti pengakuan menjadi nabi, wali dan sebagainya.
- Sedangkan di daerah ma'rifat nafsu menggoda dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) yang bangsa cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan. Allah berfirman (Al-Furqan:43): "Engkau mengetahui orang - orang yang menjadi Tuhan sebagai hawa nafsunya"
- Di daerah Hakikat pula syaitan, nafsu dan malaikat tidak dapat memasukinya sebab bila berada di situ akan hangus, kecuali AlLah. Jibril a.s. berkata : "Kalau aku memasukkan hujung jariku ke alam ini maka hanguskah aku.
Manusia yang telah mencapai alam ini bererti dia selamat dari dua seteru; dan jadilah dia manusia yang ikhlas". Sesuatu yang tidak mencapai hakikat, maka dia tidak akan mencapai ikhlas kerana sifat - sifat 'Basyariyyah Ghairiyyah' (sifat manusia selain Tuhan) tidak akan hancur, kecuali dengan 'Tajalli Zat'.
Sifat bodoh hanya akan hilang dengan Ma'rifat Zat. Allah akan memberi ilmu orang yang sampai ke darjat ini tanpa perantaraan. Manusia akan mengenal AlLah kerana diperkenalkan oleh AlLah dan beribadat kepada AlLah dengan pendidikan AlLah, seperti Nabi Khidir a.s. Di alam ini dia akan menyaksikan Ruh - ruh Qudsiyah dan mengetahui Nabinya (Muhammad SAW) secara hakiki. Maka akan berbicaralah dari akhirnya hingga permulaannya.
Seluruh nabi menyampaikan khabar gembira atas keberhasilan si hamba kerana sampai kepada AlLah yang kekal. Firman AlLah (Surah An-Nisa':69):
- "Dan mereka itulah teman sebaik - baiknya".
Amaliyah bagi Ruh Jasmani adalah menggunakan Ilmu Zahir. Pahalanya hanya syurga. Maka di sana akan jelaslah kebaikan dari sifat (orang yang beribadah akan masuk syurga; sebaliknya orang yang tidak beribadah akan masuk neraka).
Sedangkan untuk masuk ke 'Haramil Qudsiyah' dan dekat dengan AlLah tidak cukup bila hanya menggunakan Ilmu Zahir saja. Untuk ke sana harus dengan Ilmu Terbang; dan terbang itu harus menggunakan dua sayap. Bila satu, maka perjalanan akan pincang. Maka dengan kesepaduan Ilmu Zahir dan Batin barulah sampai seorang hamba ke Alam Qudsi.
AlLah berfirman di dalam Hadis Qudsi:
"Hai hambaKu, bila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut; kerana
- alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim;
- alam Malakut, syaitan bagi orang Arif;
- alam Jabarut, syaitan bagi orang yang akan masuk ke alam Qudsiyah".
Wajib bagi semua manusia mengetahui ukuran dirinya dan jangan mengaku sesuatu yang bukan haknya. Imam Ali berkata: "AlLah menyayangi orang - orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia - siakan umurnya".
Seorang Alim harus mampu mencapai makna hakikat manusia yang disebut Tiflul Ma'ani (Bayi Ma'nawi). Setelah itu harus mendidiknya dengan tetap melakukan Asma Tauhid dan keluar dari alam Jasmani ke alam Ruhani, iaitu alam As-Sirri yang di sana tidak sesuatupun selain AlLah. Sir itu seperti lapangan dari cahaya, tidak ada hujungnya. Inilah Maqam Al-Muwahidin.
Mudah - mudahan tulisan di atas bermanfaat dan menjelaskan sedikit sebanyak hal rahsia diri - insan. Berusahalah untuk mencapai ke tahap itu melalui tunjukan guru atau orang yang ahlinya. Ada di antaranya sengaja tidak dihuraikan dengan lebih lanjut kerana sebagiannya adalah rahsia yang perlu dibicarakan secara khusus.
Isnin, 28 Februari 2011
Sajak Kosong...
p/s: Gambar Sekadar Hiasan...
Kalau engkau hendak menemui aku
Turutilah jalanku jangan jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalanku jalan rasa...
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
Usahakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang dituju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempatmu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai di perjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak tukar haluan
Kerana di saat itu aku ke luar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan diturutkan
Berjalan pada jalanku
Bererti engkau bersertaku
Dengan jalan itu engkau akan mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagimu
Isnin, 21 Februari 2011
Mencari Cinta...
Alkisah pada suatu zaman,
hidup seorang lelaki yang mencari cinta,
namanya Arjuna.
Gunung tertinggi sanggup didaki,
seluruh daratan dijelajahi,
lautan juga sanggup diharungi,
semata-mata untuk mencari insan bernama WANITA.
Memang gila!
Si Arjuna tidak peduli gunung, daratan,
lautan, alam semesta ini milik siapa,
semuanya diterjah!
Di setiap tempat Arjuna berkata,
“Wahai wanita, cintailah aku.”
Dalam kisah yang lain,
seorang lelaki yang bernama Ibrahim juga mencari cinta.
Saat malam mulai menyapa alam,
tampak sebutir bintang.
Tidak lama kemudian bintang itu pun tenggelam.
“Aku tak menyukai yang tenggelam,” kata Ibrahim.
Beberapa saat kemudian,
terbitlah pula rembulan,
bersinar indah penuh kelembutan.
Namun, bulan juga hanya sesaat,
tersipu malu dengan keindahannya.
Azan subuh pun menguak kegelapan,
kokok ayam jantan membelah titisan embun pagi,
dan tidak lama kemudian keperkasaan mentari menerangi jagat raya ini.
“Inikah dia yang kucari?” tanya beliau sendirian.
Bukan... bukan itu, kerana mentari juga bersujud,
lalu merunduk sembunyi.
Kisah di atas adalah gambaran dua orang manusia si pencari cinta.
Di dunia ini, betapa banyak orang yang mencari cinta.
Namun jelas ada bezanya di sini,
antara lelaki yang bernama Arjuna dengan Ibrahim AS,
yang namanya termaktub indah di lembaran suci Al-Quran.
Arjuna mencari cintanya tanpa hala tuju,
tidak peduli apa-apa, yang dia fikirkan cuma mencari cinta wanita.
Salahkah si Arjuna kerana dia mencari cinta?
Memang fitrah manusia itu pasti merasakan cinta (QS. Ali Imran : 14).
Tapi apakah harus seperti itu?
Sehingga akal dan fikiran bagai tidak berfungsi,
bahkan hingga melebihi cinta-Nya!
Banyak kisah cinta sejati di dunia ini,
salah satunya adalah cinta Ibrahim yang tidak pernah pudar,
setelah mengenal dan mengetahui siapa yang patut menerima cintanya.
Beliau mengenal, dan kemudian sayang,
lantas jatuh hati kepada Maha Pencipta.
Maka itu yang dicintai juga berkenan menyambut cintanya,
bahkan menjadikannya sebagai khalilullah (QS. An-Nisaa' : 125).
Cinta di sini bukan cinta yang penuh kepalsuan,
emosi apa lagi berahi.
Namun cinta laksana mutiara yang memancarkan cintanya pada Rabb seluruh jagat raya ini,
mengaliri denyut nadi, helaan nafas serta aliran darah untuk tunduk dan patuh pada titah-Nya.
Cinta ini mestinya menepati kedudukan utama pada diri seorang muslim,
yakni cinta kepada Allah SWT, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
Inilah cinta hakiki!
Dari nenek moyang kita dulu,
hingga sekarang,
banyak manusia yang telah jatuh cinta,
namun apakah cinta mereka dan kita
adalah cinta hakiki sebagaimana cinta mereka yang disebut ‘manusia langit?’
Adakah cinta kita adalah cinta seorang Sumayah binti Khayyath,
yang bersedia menjadi syahidah pertama dalam sejarah Islam
demi mempertahankan akidah yang dicintainya.
Ataukah, Ali bin Abi Thalib RA
yang rela ‘menyerahkan tubuh’
menggantikan Rasulullah SAW di tempat tidurnya
sewaktu Baginda keluar untuk hijrah,
sedangkan beliau tahu maut telah di depan mata mengancam jiwanya?
Atau pun Abu Bakar Shiddiq RA
yang tidak kalah ikhlas tangan dan kakinya
dipatuk binatang berbisa saat berdua dengan seseorang yang dicintainya?
Dia tidak ingin tubuh orang yang dicintai
dan dikasihinya tersentuh sedikitpun oleh
binatang-binatang yang berbisa itu.
Mereka hanyalah sedikit contoh daripada
orang-orang yang jatuh cinta dengan cinta yang sebenarnya.
Sebuah cinta sejati,
cinta hakiki yang akan mendapatkan redha Illahi Rabbi.
Maka,
sekarang kita pilihlah untuk menjadi siapa,
seorang Arjuna yang mencari cinta melulu,
atau seorang
Ibrahim AS,
Sumayah binti Khayyath,
Ali bin Abi Thalib RA
atau pun
Abu Bakar Shiddiq RA
yang mencari cinta sejati?
Jumaat, 11 Februari 2011
Saat Manusia Mulia menghadapi Sakaratul Maut
Maulidur Rasul akan tiba, semoga rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah akan subur dalam sanubari setiap Muslim di dunia ni.
RASULULLAH S.A.W. HADAPI SAKARATULMAUT...
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?"
" Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
" Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapalah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku."
-peliharalah solat dan peliharalah mereka yang lemah di antaramu.-
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii.."
-Umatku, umatku, umatku..-
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Ramai antara kita yang mengalirkan air mata menonton filem di TV, tapi berapa ramai yg menangis membaca kisah saat akhir Rasulullah ini?

Rabu, 9 Februari 2011
12 Jika, Ditanah Mesir
-Jikalau saudara-saudara Yusuf tidak mengkhianatinya sudah pasti Yusuf tidak akan dibuang ke dalam Jubb (telaga).
-Jikalau Yusuf tidak dibuang ke dalam Jubb,pasti musafir tidak akan menjumpainya.
-Jikalau Musafir tidak menjumpainya,pasti Yusuf tidak akan dibawa ke Mesir.
-Jikalau Yusuf tidak dibawa ke Mesir,pasti Yusuf tidak akan dibeli oleh Qithfir.
-Jikalau Qithfir tidak membeli Yusuf,pasti Yusuf tidak akan bertemu dengan Zulaikha.
-Jikalau Yusuf tidak bertemu dengan Zulaikha,pasti Yusuf tidak akan digoda olehnya.
-Jikalau Yusuf tidak digoda Zulaikha,pasti Yusuf tidak akan difitnah oleh Zulaikha.
-Jikalau Yusuf tidak difitnah,pasti Yusuf tidak akan dimasukkan ke dalam penjara.
-Jikalau Yusuf tidak masuk penjara,pasti yusuf tidak akan bertemu dengan 2 orang pelayan Raja Mesir.
-Jikalau Yusuf tidak bertemu dengan pelayan Raja Mesir, pasti Yusuf takkan bertemu dengan Raja Mesir lalu mentafsirkan mimpi 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus dan 7 tangkai tanaman hijau dan yang selebihnya adalah kekeringan dan kekuningan.
-Jikalau Yusuf tidak mentafsirkan mimpi raja dan menyelamatkan Mesir dari kemarau,pasti Mesir tidak akan terhutang budi pada Yusuf.
-Jikalau Mesir tidak terhutang budi,pasti Yusuf tidak akan dilantik menjadi Pemerintah Mesir."

Langgan:
Catatan (Atom)