Isnin, 1 November 2010

Surat untuk Bakal Isteri...

Kehadapan bakal isteri ku (yang solehah)
Saya menulis surat ini bukan lah kerana dicabar oleh sesiapa pun… tapi…saya ...
menulis ini adalah kerana kehendak saya...
so, saya nak awak baca surat ni perlahan-lahan.
tak perlu laju-laju ya...

Jadi, wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
saya dah sampai 1 tahap dah tak kenal siapa sebenarnya awak ni…
dan saya takde ilham nak cari kat mana sebenarnya awak ni sekarang…
tapi bila sampai di suatu hari yang pasti…
bila kita dah berjumpa…
saya harap awak mampu terima saya seadanya…
seperti mana saya pasti terima awak dan diri awak se”ada”nya.
Lagi pun,
saya tahu yang awak ni memang manja & comel.
dan baik…
dan rajin...
dan alim...
dan cun...

mungkin awak ada tapak tangan yang tembam
atau awak punya cara jalan macam penguin…?
bestnya…

Saya berharap…
bila saya tertengok facebook awak nanti…
sama ada akaun yang asli mahupun akaun yang tiruan…
awak tak letak gambar-gambar awak yang nampak aurat kat facebook.
sebab…
setahu saya…
kalau perempuan tu comel…
mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia…
macam lah awak seorang aje yang comel…
saya yang hensem ni takde pun nak letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia....
boleh je hidup walaupun banyak kali kena aniaya….
 
Mmm…
Lagi 1…
gambar kat facebook tu…
jangan lah nak dedah sana dedah sini…
malu saya…
awak pun tau kan…
perempuan ni ibarat coklat Ferrero Rocher…
bila berbalut dengan pembalut…
walaupun coklat tu jatuh ke lantai pun orang masih nak lagi...
tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat tak tau aje…kan ?
ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. awak pun nak kena pijak ke ?
Lagi pun, awak kan tahu…
tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang ehem2…

Wahai bakal isteri ku (yang solehah)
saya tak tahu pasal masa depan saya…(lebih-lebih lagi di alam akhirat)
tapi saya pasti saya nak kekal berada di jalan yang lurus…
saya tak tahu berapa banyak duit yang saya akan ada…
tapi yang pastinya saya tahu saya lelaki yang tak putus asa…
jadi…
dengan kata lain,
saya mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat awak.
saya juga mungkin tak mampu kasi awak 10 kilo emas + intan + berlian.
harap awak tak kisah dengan diri saya yang tak berharta ni…
kan harta saya ni boleh dirampas…
bila-bila masa aje Allah boleh tarik…
Tapi kalau setakat kasi awak 2 hingga 8 orang anak-anak yang comel,
saya okay je….

Dalam 2~3 tahun,
kita berdua mungkin akan ada 2-3 orang anak kan...?
Tapi tu tak termasuk yang kembar tau…

Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
Bila kita ada rumah nanti…
saya tak kisah kalau awak nak bekerja…
tapi lagi bagus kalau awak duduk aje rumah jaga saya kan…?
saya bukan mintak dilayan bagai raja walaupun saya ehem2...
tapi kalau saya balik dari kerja tu…
apa salahnya tanggalkan stokin saya,
urut bahu saya…
sediakan minum petang saya…
tapi kalau awak tak nak buat…
tak apa…saya boleh tambah lagi 1 (cukupkan 2).
lagi pun, bila saya tambah lagi 1, kurang la sikit beban awak…
nampak tak ? saya memang prihatin…?
tapi mana mungkin awak setuju kan ?
 
Mmm... awak nak tau…
saya tak mengharapkan yang awak…
adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata-kata saya…
kalau awak lebih kepada kasar (macam lelaki) pun apa salahnya...
tegas & keras itu menarik apa…?
kalau boleh…lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala awak tu.
saya suka... senang la saya nak ajak bergaduh kalau macam tu...
sebab kalau di ikutkan…saya tak suka perempuan yang lemah lembut sangat…
nanti tak meriah rumah tangga… So kalau sekali sekala bergaduh,
best jugak kan? Lagi pun,…
kita gaduh siang-siang je,
bila dah nampak katil di malam Jumaat malam kasih sayang, kita berbaik lah...

Tambahan pulak bagi kita,
setiap malam kan malam Jumaat…

Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
Saya harap awak reti jaga diri sebelum jumpa saya…
kalau boleh…
jangan couple banyak-banyak…
tak pernah couple lagi bagus…
tapi kalau dah couple tu…
jangan buat yang bukan-bukan dengan jantan you tu...
Bila dating tu…
jangan nak mengada-ngada keluar berdua-dua sampai kena tangkap pulak…

jantan you tu bukan boleh percaya sangat…
kebanyakkannya nak sedap-sedap aje...
sebab kalau dah jantan…
mesti bermulut manis.

Nama pun dah jantan, mestilah buaya…
tapi kalau namanya lelaki, cukup BERBEZA.
 
Akhir kata dari saya…bila kita nikah & kahwin nanti…
awak masak, saya makan...
saya imam, awak makmum
saya baca doa, awak aminkan..
awak merajuk, saya pujuk.
SEMPURNA, kan ???
Habis tu…cepat lah cari saya...!!!
saya takut lah nak cari “awak”…takut tersalah pilih betina lain...
awak pun mesti taknak jadi isteri ke-2 saya kan. ?

hehehe...

10 pesanan berguna untuk kehidupan...

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Makanan Untuk Jasad Batin Manusia.


Jasad fisik manusia memerlukan makanan yang baik. Dengan makanan yang baik, maka badan manusia akan sihat dan kuat. Jika makanan yang dimakan oleh jasad fisik tidak baik, maka jasad manusia akan sakit dan lemah.

Jasad batin manusia juga memerlukan makanan yang baik. Jika makanan batin yang diterima baik, maka batin manusia akan sihat, dan demikian pula sebaliknya. Makanan yang baik dan bersih untuk roh manusia di antaranya adalah sebagai berikut:

  • zikir (mengingat Allah)
  • tasbih
  • tahmid
  • tahlil
  • shalat
  • puasa
  • membaca Al Quran
  • berdoa
  • selawat untuk Rasulullah
  • tafakur (berfikir) tentang Allah
  • menguasai ilmu yang bermanfaat
  • memahami dan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah
  • memahami kenapa Allah datangkan ujian
  • paham qada' dan qadar Allah
  • berjuang & berjihad
  • berdakwah & mengajar dengan ikhlas
  • melayani sesama manusia baik dengan ilmu, tenaga, harta dan lain-lain secara ikhlas.

Roh yang mendapat makanan yang baik akan menjadi roh yang memiliki SIFAT² BAIK (MAHMUDAH)

Makanan roh yang tidak bersih / tidak baik di antaranya adalah sebagai berikut:
  • bersenang-senang dengan nyanyian yang melalaikan dari Allah
  • musik yang melalaikan
  • filem yang menampakkan aurat
  • senang melihat aurat bukan muhrim
  • bergaul bebas dengan lelaki / perempuan bukan muhrim
  • berjudi
  • tari-menari
  • minuman keras
  • berzina
  • berhibur di nightclub/disko/pub
  • dan sebagainya
Roh yang mendapat makanan yang buruk akan rusak, jadilah roh itu sakit, mudah berpenyakit. Akhirnya roh tersebut mempunyai SIFAT² BURUK (MAZMUMAH). Roh yang buruk akhirnya menghasilkan tingkah laku anggota badan fisik yang melakukan perbuatan jahat di masyarakat.

Jumaat, 29 Oktober 2010

15 Anugerah ALLAH Pada WANITA Tidak Pada LELAKI


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki."

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.

Khamis, 28 Oktober 2010

Ciri² Isteri Solehah



Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).
 
Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).
 
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
 
Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
 
Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.
 
Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).
 
Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).
 
Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
 
Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.
 
Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

Rabu, 27 Oktober 2010

Syaitan Pon Terkejut...


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.


Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.


Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"


Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"


Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......


Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.


Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.


Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"


Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".


"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.
Renung²kan & Selamat Beramal...

Selasa, 26 Oktober 2010

Cara Hilangkan Sifat Takbur

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yg ada dalam diri manusia iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.


2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.


3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.


4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.


5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.


6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya...

Sekian...