Jumaat, 12 November 2010

Kagum?????

BEGITU SUKAR untuk aku MENGAGUMI seseorang 
tetapi jika dia seorang yang HEBAT ISLAMNYA, 
TEGUH dan KUAT, PEJUANG UNGGUL, 
PENUH KARISMA & MARUAH, BERANI dan 
KENTAL, BIJAK MENGATUR URUSANnya dan 
PANDAI juga mengatur BUAH LISANNYA, 
TIDAK GOYAH dengan CERCAAN dan KUTUKAN serta 
TIDAK ANGKUH  dengan PUJIAN
bahkan TETAP dengan PENDIRIANnya.

itu SUDAH CUKUP untuk aku memberi HORMAT dan KEKAGUMAN aku pada nya…


kerana bagiku BUKANLAH RUPA,
kerana CANTIK atau KACAKnya kamu,
kamu akan TETAP MATI menjadi DEBU,
kerana bagiku BUKANLAH HARTA,
kerana hartamu bertimbun, TAK LANSUNG AKU PANDANG,
kerana bagiku bukanlah PANGKAT,
kerana kini banyak berpangkat adalah Si BLUR,
kerana bagiku bukanlah KELULUSAN AKADEMIK kamu,
kerana SUDAH RAMAI ku jumpa yang BIJAK PADA KERTAS,
tapi KURANG PANDAI dalam NILAI KEHIDUPAN

Dan jangan kau marah,Kerana aku tidak memandang itu semua.

mungkin kerana aku TIDAK MENYUKAI LEMAH dan RAPUH,
dan aku MEMANDANG TINGGI pada KETEGUHAN dan KEKUATAN.
Bukan pada JASAD.Tapi pada JIWA & HATI. 
Walaupun aku BELUM TEGUH seperti itu,
tetapi aku ingin MENJADI SEPERTI ITU,
Biarpun MISKINNYA kamu,atau TIADA RUPANYA kamu,
atau TIADA PANGKAT  pun kamu, 
jika diri mu TEGUH dengan apa yang kau PEGANG,
itu sudah cukup untuk aku MEMBERI HORMAT KEPADAMU.

dan walaupun jika yang KAMU PEGANG BERBEZA dengan ku,
itu TAK MENGAPA,
Kerna bagiku adalah KETEGUHAN kamu BERPEGANG pada PRINSIP & NILAI AGAMAmu.
Yang AKU INGINKAN adalah HATI TEGUH BAGAI SINGA,
Biarpun JASADMU dan SEKITARMU nampak LEMAH,
KAU AKAN MUNCUL MENYINAR kerana KETEGUHANMU.



kadang-kadang aku bukan sahaja KAGUM, Malah terasa TERCABAR .
DAHULU, aku pernah MEMBENCI SESEORANG dalam aku KAGUM padanya.
Kini cuma aku biarkan pada rasa TERCABAR sahaja. 
Mungkin aku kadang-kala TERLEBIH BATAS.
Kerna takut juga dianggap MEMANDANG RENDAH.
Tetapi OBSESIku pada KEKUATAN dan KETEGUHAN tentang AGAMA ISLAM menagih diriku untuk MEMPERBAIKI DIRIKU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan